NAK TAHU CARA DAKWAH YG MUDAH, INI CARANYA.

(Islam dan dakwah adalah ibarat bagai aur dengan tebing)


Pernah tidak anda berborak-borak dengan kawan India anda yang beragama Hindu? Pernahkah anda berkata-kata kepada jiran anda yang berketurunan Cina beragamakan Budha?

Hamba selalu berborak dan berkata-kata dengan mereka. Kadang-kadang disebelah rumah, kadang-kadang di kedai runcit dan kadang-kadang di pejabat tempat bekerja.

Jika kita mengakhiri perbualan dengan mereka yang bukan Islam ini, ada tidak terdetik dihati kita untuk berdakwah kepada mereka tentang Ad-Deen Islam? Ada tidak kita ada menyebut perkataan-perkataan yang berbentuk Islam dihadapan mereka?

Hamba rasa, pasti ada dihati kita untuk berdakwah kepada mereka, pasti ada terdetik di hati. Namun, untuk mengeluarkan ayat-ayat dakwah keluar dari mulut kita, hamba yakin, pasti susah untuk kita mengeluarkannya.

Kerana apa? Mengapa agak susah untuk kita berdakwah kepada orang bukan Islam? Kerana malu? Kerana tidak yakin dengan diri sendiri? Kerana takut menghiris hati mereka? Atau kerana 'aku peduli apa depa jadi kafir'?

Hamba rasa, keempat-empat jawapan itu adalah betul dan kerana itulah kita rasa susah untuk berdakwah kepada orang bukan Islam di Malaysia ini. Lebih parah lagi jika ada perasaan dihati kita jika terdetik mengatakan Islam di Malaysia ini hanya milik bangsa Melayu. Ini sesat namanya.

Jika anda sekelian hendak belajar-belajar untuk berdakwah dengan kawan-kawan kita yang bukan Islam, ada satu cara yang mudah untuk kita mulakan. Selalu ucapkan kalimah InsyaAllah kepada mereka. Jika ada kawan beragama Hindu bertanya kepada kita, "Bila akan sampai ke sini?", maka kita jawablah, "InsyaAllah, sekejap lagi.". Jika ada seorang kawan kita yang beragama Budha bertanya kepada kita, "U boleh tolong ya, saya memang mahu u tolong ini proposal.", maka jawablah kepada dia, "InsyaAllah saya akan tolong. Saya akan semak.".

Cukup setakat itu. Tidak perlu berlebih-lebih, jika ini adalah permulaan kita untuk mengajar diri sendiri untuk berdakwah. Amalkan selalu ucapan InsyaAllah. Nanti, lama-kelamaan, pasti kawan itu akan bertanya, "InsyaAllah itu apa ya?", maka jawablah kita, "InsyaAllah itu ialah dengan izin Allah. Jika Allah izinkan, jadilah, jika tidak, tidak jadilah. Kita berusaha dan kemudian berserah kepada Allah.".

Moga kita umat Islam berbangsa Melayu ini, ada hati untuk berdakwah kepada kawan-kawan kita beragama lain. Kerana dakwah ini adalah wajib, bukan sunat, bukan harus,....

Ulasan

KurangBaik berkata…
Assalamualaikum.

Tumpang lalu...saya suka bab ni. Sebabnya? Dalam arena kerja saya ni, memang selalu berjumpa dengan kaum lain, especially Chinese.

Cuma baru2 ni je saya asah2 cakap "ALHAMDULILLAH" or "INSYA-ALLAH" dengan/depan depa.

Pernah sekali saya sebut benda tu on-the-phone masa kat ofis. Rakan sepejabat yang dengar terkedu dan tanya sekali lagi "yang cakap tu orang Cina kan?" Saya cuma cakap "ya". Tapi dalam hati, memang tergugat "betulkah apa yang aku buat ni?".

Alhamdulillah...terima kasih di atas perkongsian ini :)

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?