Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, September 11, 2009

NAK CERITA PASAL TERENGGANU: BAGUS SANGAT KE NEGERI NI?

Apalah yang bagus sangat Terengganu ni? Dasyat sangat ke tempat dia? Marvelous sangat ke kecantikan dia? Asyik sangat ke keindahan dia? Baik sangat ke penduduk dia?

Hamba dilahirkan oleh ibu hamba di hospital besar Kuala Lumpur. Dahulu, Kuala Lumpur adalah salah satu daerah di negeri Selangor. Tetapi, memandangkan Kuala Lumpur diambil oleh kerajaan pusat pada 1 Februari 1972, maka hamba tidak boleh digelarkan anak Selangor, walaupun hamba ini penyokong fanatik bolasepak Selangor semasa hamba muda remaja dahulu, kerana hamba lahir pada tahun 1976.

(KL, dulu Selangor ni)

Terus terang hamba katakan, Terangganu, hamba tidak pernah menjejak kaki ke negeri ini. Semenjak dilahirkan, hamba tidak pernah dapat menghidu, melihat, memijak tanah negeri Terengganu. Selama 29 tahun hidup di bumi Tanah Melayu ini, hamba tidak berpeluang untuk melawat negeri tempat tinggal Ayah Chik, pemimpin idola hamba. Kerana apa? Kerana hamba tiada saudara di sana. Dan juga tiada urusan kerja di sana.

Kelantan hamba sudah pergi. Sabah juga hamba sudah pergi. Jepun, Jerman, U.K dan 2 tanah haram pun hamba sudah pergi. Tetapi, Terengganu, hamba tidak pernah pergi.

Sehinggalah hamba diketemukan dengan seorang muslimat oleh ketua Muslimat PAS Kawasan Segambut. Bukan ketemukan macam manapun. Tayang gambar sekilas pandang je. Sekilas pandang tu, adalah lamanya 6-10 minit, he, he..

Dengan izin Allah, atas usaha penat lelah untuk mengkompemkan hamba dapat menikah dengan muslimat yang dikenalkan itu, maka hamba pun dapatlah menikah dengan beliau. Beliau itu adalah isteri hamba sekarang. Kerjanya sebagai guru. Trade marknya muslimat bertudung labuh yang sentiasa senyum. Dan yang terpentingnya, beliau adalah orang Terengganu. Bukan setakat Terengganu, tapi puak ganu dari batu enam.

Urusan tunang, dibuat di rumah kakaknya di Taman Melewar. 50 meter dari Markas PAS Pusat. Maksudnya, tiada peluanglah hamba untuk ke Terengganu ketika itu. Hamba tunang tidak lama, 6 bulan sahaja, sebenarnya 5 bulan lebih, selepas itu, barulah hamba akan melangsungkan pernikahan pada 29 Mei 2005, hari Ahad. Di rumah beliau, di Batu Enam, Terengganu. Hamba umur 29 tahun ketika itu.

Hamba ke Terengganu, buat pertama kalinya di dalam sejarah hidup hamba, pada hari Jumaat 27 Mei 2005. Pada ketika jam lebih kurang 11 pagi, hamba dengan pertama kalinya dapat memijak tanah negeri Terengganu. Tempatnya adalah di kawasan daerah Kemaman, di petrol stesyen Petronas, turun dari kereta ke tandas stesyen petrol itu untuk membuang air kecil. Dan masjid yang pertama hamba masuk milik rakyat Terengganu, untuk menunaikan solat Jumaat, adalah di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, masjid ayah Chik, idola pemimpin hamba. Namun, ayah Chik tidak berkhutbah ketika itu.

Sampai-sampai sahaja di negeri ini, hamba terus terpikat, terikat dan seterusnya taksub dengan negeri bekas tadbiran ayah Chik. Yang paling hamba teruja adalah pantainya. Pantainya yang terlalu cantik, aman, damai, putih, bersih dan memukaukan. Hamba sudah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan isteri hamba, dan juga jatuh cinta dengan negeri kelahiran isteri hamba.



(Bersama yang sulong, di pantai Terengganu)



(Masa ni anak hamba kecil lagi, yang kedua baru lahir, ni yang sulong)



(Mengelibang Telipot.... betui ke eja ni?)

Sekarang ini, baru 4 tahun hamba mengenali negeri Terengganu. Dalam setahun, hamba akan ke sini sekurang-kurangnya 4 kali. Sekali balik, duduk selama seminggu paling kurang. Disebabkan balik ke sini tidak kerap dan lama, maka kerinduan untuk ke Terengganu itu sentiasa ada di dalam hati hamba yang agak kelabu ini.

Raya ini, hamba akan ke Terengganu pada Syawal 2. Raya pertama mestilah bersama ibu dan ayah hamba di K.L. Tempat tumpah darah hamba. Tempat yang setiap minggu akan hamba balik untuk bertemu dengan ibu dan ayah hamba. Walau macam mana sibuk sekalipun, hamba akan balik ke K.L melawat ibu dan ayah hamba.

(Sambil baring, nengok pandangan ni..... hija)

Manakala raya kedua nanti, tunggulah engkau batu enam, akan hamba ke sana untuk tidur dan lepak-lepak di dalam rumah tok tua hamba dan akan hamba sujud di bumi masjid At-Taqwa selama yang mungkin. Tungguuuu,.....

1 ulasan:

hamba berkata...

salam tuan...
bangga kawan bila orang puji negeri kawan.. hehe..
bagi kawan kalo sapa-sapa yang nak rasai alam semulajadi yang cantik.. datanglah ke terengganu.. memang banyak tempat yang cantik2..
pantai, air terjun, gunung dll..

saya cadangkan tuan berkunjung ke kenyir.. mesti tuan akan terpaut hati :)..

oh ya saya duk dekat Manir.. sebelah batu 6 tu je..