2.8JUTA HECTORLITER SETAHUN ARAK DITEGUK MALAYSIA PADA 2008 SHJ.

Adakah anda tahu, air kencing syaitan telah diminum oleh manusia di Malaysia yang berjenama Carlsberg pada tahun 2008 sahaja adalah sebanyak 1.43 juta hectorliter (HL). 1 HL adalah bersamaan dengan 100 liter. Bermaksud 143 juta liter air kencing syaitan telah diteguk oleh manusia di Malaysia. Ini belum ditambah dengan jenama syarikat Guinness Anchor.

Jika 50% pasaran arak di Malaysia telah dipegang oleh Carlsberg, bermaksud kira-kiranya 280 juta liter arak telah diteguk oleh manusia Malaysia pada tahun 2008 sahaja. Ini belum lagi dikira dengan samsu murah yang dibuat oleh manusia-manusia yang kapitalis dijual kepada orang-orang miskin yang ketagih air kencing syaitan.

Cuba anda letakkan satu botol air mineral 500ml didepan anda. Kemudian bayangkan sebanyak 560,000,000 botol air mineral itu telah dijual kepada seluruh penduduk di Malaysia, yang kesmuanya berisikan arak, maka tidakkah anda semua berasa pelik bin ajaib jika ada parti politik yang memerintah bernafsu sangat untuk mengekalkan industri arak terus beroperasi di bumi Malaysia.

(Umat Islam, atau umat manusia seluruhnya sepatutnya mencontohi kawan-kawan Unit Amal ini, makan nasi sambil minum air mineral HPA, halal lagi toiyibah)

Mana tidaknya, 1 liter air arak, kerajaan Malaysia mencukaikan sebanyak RM7.40. Jika digandakan sebanyak 280,000,000, maka pendapatan cukai setahun melalui cukai 'dosa' (sin tax) melalui arak adalah RM2.07 bilion. Banyak juga duit haram yang diperolehi oleh kerajaan untuk digajikan kepada kakitangan kerajaan. Belum judi lagi, belum duit riba lagi.

Mungkin kerana itulah, BN umno sehingga saat ini masih mengekalkan industri arak berjalan lancar di bumi Malaysia ini kerana pulangan yang amat mengkayakan poket duit kerajaan. Mungkin juga disebab itu, parti DAP semacam suka sangat industri arak ini tidak diganggu oleh parti politik berlandaskan Islam yakni PAS. Mungkin juga disebabkan ini, pemegang kuasa MB di Selangor, parti PKR, seperti takut-takut malu-malu ayam dengan isu arak di Selangor.

Hamba tidak menyokong BN umno kerana salah satu isunya adalah kerana isu arak. Namun, hamba akan menanggung dosa sekiranya DAP dan PKR juga telah ikut sama terkena penyakit parti BN umno ini. Kerana apa, kerana semenjak hamba mengundi, hamba tidak pernah memangkah BN umno, tetapi hamba hanya memangkah roket dan simbol mata dari tahun 1999 hingga tahun 2008.

Hamba tidak akan memangkah sesiapapun kecuali bulan mengembang sekiranya inilah dia perangai kawan PAS dalam PR, yang sayangkan sangat kepada industri arak. Tidak ada langsung orang yang waras mengatakan arak itu adalah baik untuk tubuh manusia. Hanya mereka yang mabuk ketagih air syaitan sahaja yang masih tergila-gilakan air arak ini untuk mendapatkan keuntungan dari industri yang nyata haram yang teramat-amat berat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?