Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Julai 14, 2009

MENANG 65 UNDI: MASA UNTUK MUHASABAH DIRI

Alhamdulillah. Allah telah memberi kemenangan kepada PAS di Manek Urai. Walaupun majoriti 65 undi, namun, walau 1 undi, menang tetap menang. Selama 4 tahun PAS memerintah Kelantan dari 2005 sehingga 2008, dengan hanya 2 undi majoriti. Namun tetap utuh lagi kukuh kerajaan PAS di Kelantan semasa itu.

Kepada Badan perhubungan PAS Kelantan, diharap terdapat sebuah pengajaran kepada PAS Kelantan daripada peristiwa ini. Bukannya apa, cakap-cakap 'over confident' menang majoriti 2,000 undi semasa jam 3 petang sewaktu hari mengundi adalah sesuatu perkara yang tidak elok dilakukan. Jangan 'under estimate' musuh kita, umno bn, kerana umno bn adalah satu pertubuhan politik yang sudah lama hidup dengan berbagai muslihat dan penipuan. Lebih sesak hidup umno bn ini, lebih kuatlah cara mereka hendak menipu pada masa pilihanraya nanti.

PAS Kelantan dan juga semua ahli PAS juga perlulah muhasabah diri, kenapa berlakunya perkara menang dengan hanya 65 undi. PAS perlu membetulkan kembali allignment perjuangan jangan tersimpang jauh dari matlamat perjuangan menegakkan daulah Islam. PAS perlu membetulkan pemikiran agar keutamaan perlulah diberi keutamaan kepada jemaah terlebih dahulu, dari perkara-perkara yang lain.

Contoh yang terbaik, arahan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden PAS untuk turun di Manek Urai adalah satu perlakuan yang amat maksiat di dalam jemaah. Masakan Badan Perhubungan Negeri mempunyai lebih kuasa untuk memberi arahan berbanding dengan Timbalan Presiden? Urutan organisasi telah ternampak bercelaru disini. Jika setakat memberi arahan agar Timbalan Presiden tidak turun pun sudah menunjukkan perlakuan maksiat itu, berbohong dengan mengatakan Timbalan Presiden tidak ke Manek Urai kerana 'malu' adalah lebih teruk perbuatan maksiatnya. Inikah dia disiplin sebuah jemaah Islam.

Dari peristiwa itu telah nampak, PAS negeri telah menunjukkan sikap angkuh dan takabur seperi PAS negeri adalah satu elemen yang berasingan daripada jemaah yang lain. Tolong jangan pisahkan jemaah-jemaah didalam PAS. Tolonglah. Hamba juga merayu, tolonglah jangan menfitnah lagi Timbalan Presiden. Beliau hanya menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan. Semua AJK PAS Pusat tahu, 10 ahli parlimen 'budak hitam' juga tahu, Husam juga tahu, Mat Sabu juga tahu apa yang telah dilakukan oleh Timbalan Presiden dan juga isi kandungan kerajaan perpaduan. Memang tidak ada langsung hendak bersama umno kapitalis neo-sekular itu. Semua mereka tahu apa yang Timbalan Presiden lakukan, mereka semua tahu, tetapi kenapa ada juga fitnah terhadap beliau. Mengarut sungguh!!!!

Bloggers2 juga seperti sudah hilang pertimbangan juga. Dengan maki hamun Presiden, Timbalan Presiden, Timbalan mursyidul am, para-para ulama didalam PAS hanya semata-mata kerana cerita kerajaan perpaduan. Wahai manusia, ini kita cerita kerajaan perpaduan, bukan kerajaan campuran. Sebut kerajaan perpaduan, dicop boneka umno. Maksiat sungguh mulut tu. Cuba istighfar banyak-banyak. Jangan terlalu ego kononnya anda semua bloggers, anda sahaja yang betul.

Setelah selesai PRK Manek Urai ini, hamba mengharapkan sangat tiadanya lagi pilihanraya kecil akan berlaku. Bukannya apa, disebabkan pilihanraya kecil ini, penumpuan kita yang berada di dalam negeri yang diperintah PR ini untuk mengisi dan melaksanakan kerja berkaitan rakyat di daerah masing2 menjadi sedikit terbantut kerana ramai insan-insan yang telah diamanahkan menjadi ketua telah sibuk menjalankan tugas PRK. Kerja-kerja penting didalam pengisian kemenangan telah dikesampingkan. Ini juga menjadi satu masalah kepada jemaah.

Hamba juga dengan merendah diri merayu agar semua ahli jemaah PAS, kembali muhasabah diri masing2, apakah sebenarnya yang telah kita lakukan setelah Allah memberi sedikit kemenangan kepada jemaah PAS. Adakah kita lebih mengutamakan Islam berbanding dengan perkara lain. Adakah kita lebih mengutamakan perkara lain berbanding dengan Islam? Adakah kita lebih mendengar pemimpin kita daripada orang luar? Adakah kita lebih mendengar arahan orang luar daripada pemimpin jemaah kita sendiri?

Muhasabahlah kembali wahai umat Islam, muhasabahlah kembali. Semoga dengan angka 65undi majoriti ini, PAS insyaAllah akan kembali memperbetulkan semangat perjuangannya, yang hamba lihat, telah sedikit terlari MUNGKIN. Ahli jemaah juga perlu diingatkan kembali, kemenangan kita bukanlah disebabkan kita kuat, tetapi kemenangan kita adalah hak mutlak Allah yang telah menolong kita, hambaNya yang memperjuangkan agamaNya. TAKBIR!!

0 ulasan: