UG KE, PR KE, APA KE, APA MASALAHNYA?

Sebentar tadi, abang hamba sms kepada hamba inginkan kepastian cerita berkenaan Tok Guru Nik Aziz kononnya menyuruh ustaz Nasa keluar PAS masuk umno. Terkedu hamba membaca sms itu. Betul ke? Takkanlah Tok Guru sehingga begitu sekali marahnya kepada ustaz Nasa? Jika marah sesangat pun, hamba yakin yang amat Tok Guru tidak akan melenting begitu didepan pemberita yang memang cap ayam itu.

Hamba terperasan juga, kenyataan ustaz Nasa ini berkenaan dengan UG diambil dari web berita dari mstar asalnya. Milik penuh parti chuvanis kapitalis cina mca. Entah betul entah tidak apa yang dinyatakan oleh mstar itu, wallahualam. Jika tidak, memang cap ayam mstar ini, tetapi, jika betul, ketua hamba no.2 yang hamba kena wala' ini hamba kena tegur sebab tidak reti-reti main politik. Senyap sudahlah. Kan ke jemaah sudah mengarah supaya diam.

Jemaah sudah mengarahkan untuk diam, sepatutnya semua kena diamlah, termasuklah mursyidul am dan juga Presiden. Jika mursyidul am dan Presiden pun masih bersuara, maka orang-orang dibawah pun jadi kelirulah samada arahan itu sudah dimansuhkanke? Jika sudah dimansuhkan, bersuaralah lagi ahli-ahli jemaah kita. Tiada masalah. Hendak UG ke, tidak mahu UG ke, pandai kalian semualah hendak sokong atau hendak bangkang, yang PENTING, ISLAM MEMERINTAH! YANG PENTING, ISLAM YANG MEMIMPIN, BUKAN MENGIKUT! YANG PENTING, ISLAMLAH YANG TERTINGGI, BUKAN ISME MANUSIA! Kan ke selesai masalah.

Jadi, apa yang hendak dikecoh-kecoh dengan UG ke, PR ke, apa ke, yang penting dimana ada jalan untuk Islam dimenangkan, itulah jalan yang perlu kita lalui. Muktamad. Ahli-ahli yang dibawah ini, janganlah taksub sangat dengan satu jalan sahaja untuk mencapai tujuan. Lingkuplah jika begitu. Apa, ingat demokrasi itu wajib ke diikuti?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?