Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Jun 16, 2009

AMANAH DITANGGUNG, INGATLAH PAHALA DOSA.

Sudah sebulan lebih hamba tidak berblog di alam maya. Kesibukan kerja melemahkan kemahuan hamba untuk memerah akal yang tidak geliga ini untuk ditaburkan ke lamparan blog hamba yang tidak seberapa ini. Maklumlah, hamba ini bukannya blogger, tetapi manusia bukan blogger yang mempunyai blog sendiri.

Cuti sekolah sudah selesai. 2 minggu lamanya. Minggu kedua cuti sekolah, hamba balik ke Batu Enam. Jumpa Tok Tua hamba. Pergi dan kembali hamba sekeluarga menaiki kapal terbang, firefly. Mudah. Naik dari Subang. Tidak perlu ke KLIA. Jauh. Perjalanan dari rumah hamba ke KLIA adalah lebih lama perjalanan kapal terbang dari KL ke Terengganu.

Sebelum hamba ke Terengganu, Ibu dan Ayah hamba sudah pergi ke Bahrain untuk melawat cucu mereka, anak abang hamba. Abang hamba dengan isterinya, Kak Long sekarang bekerja di Bahrain. Sudah setahun setengah mereka di sana. Tahun ini, cadangan mereka akan pergi mengerjakan Haji. Alhamdulillah. Kaya abang hamba di sana. Tidak sampai 2 tahun, sudah boleh naik Haji. Bukan haji dam ni. Haji betul, haji rukun ke 5 Islam. Rasanya, hendak juga hamba ke sana untuk bekerja. 'Loaded' juga nanti. Tetapi, hamba rasa sayang hendak meninggalkan jemaah di Rasa ini. Keperluan di sini lebih penting untuk hamba ke sana. Banyak juga tanggungjawab telah dibebankan kepada hamba untuk menjalankan jemaah Islam PAS di cawangan Rasa.


Bercakap berkenaan dengan tanggungjawab, hamba ingin mengucapkan takziah kepada seluruh mereka-mereka yang telah dipilih dan dilantik memikul bebanan amanah menggerakkan PAS. Baik dari peringkat cawangan, kawasan, negeri dan seterusnya Pusat. Takziah hamba ucapkan. Peluang untuk mendapat dosa adalah tinggi seperti tingginya peluang untuk mendapat pahala jihad. Tidak buat kerja, pikullah dosa di akhirat nanti.




Dosa dan pahala perlu ditekankan kepada mereka-mereka yang sudah diamanahkan menjadi ketua ketui ini. Termasuklah hamba. Jika kita terlupa dosa dan pahala, maka berlakulah perkara yang karut marut. Rosak diri dan jemaah dibuatnya nanti. Jika setakat didunia sahaja, takpe, tetapi jika berlarutan ke akhirat, neraka jawabnya. Nauzubillah.

Dan juga, janganlah ada pula suara mamat-mamat bukan Islam yang sokong PAS yang membuat kerja mengarut menghalang jemaah PAS buat kerja. Ini cap ayam namanya. Tak gitu mamat-mamat bukan Islam Kelantan yang sokong PAS?

0 ulasan: