Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Mei 11, 2009

MENTERI BESAR PERAK = Ir NIZAR

Allahhuakbar! Alhamdulillah! Bersyukur ke hadrat Allah, keputusan yang sungguh tidak disangka-sangka. Ir Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Fuiyoo,.... siapakah gerangannya Datuk Abd Aziz Abd Rahim ini? Beliau membuat keputusan yang begitu berani mengkesampingkan kehendak kerajaan yang memerintah pusat. Pujian yang tinggi hamba hendak berikan kepada hakim yang membuat keputusan itu. Tabik 1000 kali.

Nampak gayanya, Ir Nizar bolehlah menjalankan tugasnya sebagai menteri besar sekarang dengan tiket keputusan dari mahkamah Tinggi itu. Walaupun rayuan dibuat oleh parti rasuah, namun keputusan sebentar tadi tetap keputusan yang sah untuk menyatakan mulai hari ini sehingga kes rayuan dibuat, Ir Nizar adalah Menteri Besar Perak.

Jika hambalah yang menjadi Ir Nizar itu, eh silap, YAB Ir Nizar itu, maka hamba akan cepat-cepat pergi ke Istana Perak untuk mendapat perkenan Sultan agar dibubarkan DUN Perak. Harap-harap, apa yang berlaku di dewan DUN Perak minggu lepas dapat menyedarkan Sultan Perak bahawa umno ini sebenarnya parti rasuah yang merosakkan orang melayu.

Hamba juga cukup mengharapkan, YAB Ir Nizar pada keesokannya, YAB Ir Nizar akan ke pejabat Menteri Besar, masuk ke pejabat beliau, kemudian bersalam-salam dengan semua kakitangan disana terutama SUK negeri, dan kemudian membuat tazkirah kepada mereka-mereka yang pro parti rasuah. Biar mereka itu akan bertaubat melihat tingginya akhlak YAB Ir Nizar itu. Hamba harap-harapkan sangat,.....

2 ulasan:

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

masya allah.. tahniah!

Lebai Cute berkata...

ku sangkakan panas hingga ke petang. rupa gerhana matahari laa pulak.

lawan totap lawan jang...