Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Mac 27, 2009

PRU13 AKAN TUKAR KERAJAAN? YAKIN SANGATKAH KITA?

Banyak jugalah yang hamba terbaca di dalam media internet bahawa selepas PRU ke 13, akan karamlah parti rasuah untuk selama-lamanya. Terfikir juga hamba selepas solat isya' jam 4.00pagi tadi, tentang apa yang akan berlaku pada PRU 13 nanti. Terfikirnya hamba sehingga hendak berkongsi pendapat kepada para penjenguk blog hamba yang cap itik ini.

Mungkin juga kekawan terperasan, mengapa pula solat isya' jam 4.00pg. Sebenarnya, semalam, hamba letih sangat, tersangatlah letihnya sehingga selepas solat maghrib terus tertidur. Habis meeting bersama PAS Kawasan pun hamba tidak hadir. Berlambak juga 'miss call' dari S.U Kawasan dan Ketua Cawangan hamba lihat didalam handphone hamba. Takpelah, sekali ini sahaja hamba tidak hadir. Bersebab pula itu. Sebabnya, tertidur. Miss solat pun tidak berdosa, sebab tertidur.

Balik kepada tajuk PRU 13, betulkah nanti agaknya parti rasuah akan hancur lebur ada PRU itu nanti? Adakah PR akan mendapat kemenangan yang cukup besar sehingga boleh mengalih tempat menjadi permerintah negara Malaysia? Yakin sangatkah kita?

Adakah keyakinan itu adalah serupa keyakinan PAS Terengganu semasa PRU11 dahulu yang begitu yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN negeri Terengganu. Dan perlu diketahui, keyakinan untuk menang di Terengganu ada asas-asas kukuhnya. Majoriti rakyat dan penduduk di Terengganu memang cukup berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan negeri selama 4 tahun sebelum PRU11. Suasana berkempen di Terengganu pada PRU11 memang jelas sekali dapat dilihat 'matinya' jentera-jentera pilihanraya puak-puak parti rasuah dalam menjalankan kerja pemilu. Semangat dan mood rakyat Terengganu memang kearah memenangkan kembali PAS memerintah negeri Terengganu.

Tetapi,apabila keputusan PRU11 negeri Terengganu keluar, PAS kalah teruk. Seteruk-teruk kalah sehingga puak rasuah pun terkejut dengan kemenangan ini kecuali deris jusoh. Persoalannya, mengapa PAS kalah? Jawapannya ialah pengundi luar dimasukkan kedalam seluruh UPU negeri di sekitar pelusuk negeri Terengganu.

Tolong jangan memandai-mandai mengatakan PAS Terengganu kalah di PRU11 dahulu adalah kerana pemerintahan PAS yang tidak disukai oleh rakyat. TIDAK! Jawapan yang jelas lagi nyata ialah puak rasuah memang terang-terang main TIPU pada PRU11 dahulu. Penipuan yang cukup licik, cukup teratur, dikendali mengikut undang2 SPR, tidak boleh dicabar di mahkamah. 100,000 pengundi yang tidak duduk di Terengganu, kebanyakan puak rasuah dari Johor, Pahang dan negeri-negeri lain, ditukar alamat tempat mengundi secara borong, dimasukkan ke dalam negeri Terengganu dan masih kekal mengundi di sana pada hari ini kerana telah ditulis didalam buku mengundi SPR. Mereka inilah yang dinamakan PENGUNDI HANTU.

Oleh itu, adakah rakyat begitu yakin bahawa PRU13 nanti, puak rasuah akan mendiamkan diri melihat mereka kalah. Adakah rakyat berfikir puak rasuah akan membiarkan PRU13 itu nanti akan dibiarkan 'bersih'? PRU di Malaysia ini memang sudah tersedia kotor, nanti pada PRU13 nanti, kotor itu akan menjadi lebih kotor sehingga ketahap mugholazah.

Persempadanan semula akan dibuat sekotor-kotornya. Pengundi hantu akan dibawa masuk oleh SPR sendiri ke negeri-negeri diperintah PR. Undang-undang baru SPR akan dibuat supaya penipuan didalam bilik mengundi akan lebih senang berlaku. Ketua Tempat Mengundi (KTM) akan dipastikan lebih 70% adalah daripada puak-puak rasuah. Akhbar alternatif akan diharamkan. Ceramah tidak akan mendapat permit. Anwar akan dipenjarakan semula kerana kes liwat saiful. Pemimpin PR akan diISAkan semasa PRU13 nanti atas isu perkauman dan derhaka kepada sultan (yang sedang dimainkan mulai sekarang oleh puak-puak rasuah). Penyokong tegar PR akan tidak dapat mengundi kerana tiada nama didalma senarai SPR. Siri-siri penipuan akan diolah sebegitu rapi sehingga ketahap PR memerlukan majoriti lebih 60% setiap kawasan untuk memenangkan calon masingmasing. Jika kurang, maka kalahlah kita.

Oleh itu, pada pendapat peribadi hamba, jangan begitu yakin bahawa laluan mudah akan diperolehi oleh kita pada PRU13 nanti. Jalan untuk kemenangan adalah begitu susah dan perit untuk dicapai. Jika inilah yang berlaku dan hamba yakin, inilah yang akan berlaku, maka sepatutnya kita perlulah bekerja lebih kuat dan istiqomah didalam perjuangan, jangan asyik tumpu kepada benda yang lain seperti bergaduh sesama sendiri. Jika asyik menayang pandai masing-masing dan 'bergaduh' sesama sendiri, Perak telah menjadi satu contoh. Sudah hilang kuasa, barulah hendak terngadah akan kesilapan kita semasa kita ada kuasa,......

0 ulasan: