Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Mac 24, 2009

KEMBALI KEPADA ASAL.

Kembali seperti dahulu. Ditekan dan ditekan oleh parti rasuah. Harakah digam 3 bulan, begitu juga berita keadilan. Ceramah Anwar dirempuh ganas oleh fru. Ramai cedera, ramai yang ditangkap. Kebebasan untuk bersuara sudah mula ditutup serapat-rapatnya kepada Pakatan Rakyat. Sudahlah sebelum ini suara PR disekat sekecil-kecil kebebasannya, namun semenjak semalam, kebebasan untuk bersuara kepada PR telah mula disekat total oleh parti rasuah.

Cerita disembur gas pemedih mata dan dibelasah oleh FRU ini bukan berlaku di negeri kuat parti rasuah seperti Johor, tetapi ianya berlaku di Sungai Petani, Kedah, negeri diperintah oleh PR. Ianya berlaku dinegeri dibawah pemerintahan menteri besar Parti Islam SeMalaysia. Inilah dia polis, sungguh kurang ajar lagi biadap terhadap rakyat. Hamba sudah tidak boleh menerima jika mereka mengatakan mereka bertindak 'hanya kerana menurut perintah'. Piirah mabuk! Satu sen pun gaji korang hamba tidak halalkan. Perlu diketahui, hamba adalah pekerja yang tiap-tiap bulan dipotong gaji untuk membayar cukai kepada kerajaan. Oleh itu, gaji korang dibayar oleh hamba tiap-tiap bulan tau! Satu sen habuk hamba tidak halalkan korang menjamahnya.

Tidak berubah-ubah perangai puak-puak rasuah ini. Hamba buat kesimpulan bahawa manusia melayu umno ini telah benak isi hatinya, telah kotor hitam pekat hati nuraninya, telah dikawal setan iblis pemikirannya. Kerana apa? Kerana terlalu banyak makan babi. Ya, terlalu banyak makan babi. Jangan marah hamba, hamba tuduh sebegitu rupa. Cuba baca kembali artikel hamba sebelum ini, apakah maksud 'makan babi' itu. Jika tidak dibaca, hamba hendak memaklumkan bahawa makan babi itu adalah perumpamaan makan rasuah. Serupa-seia-sekata, makan babi = makan rasuah.

Oleh itu, disebabkan sudah penuh dengan unsur-unsur babi didalam tubuh badan melayu umno ini, maka inilah hasilnya. Lahirlah unsur-unsur melayu keparat tidak sedar diri bahawa mereka itu beragama Islam. Mereka itu hanya tahu mereka adalah bangsa melayu. Tetapi lupa langsung bahawa mereka juga adalah beragama Islam. Maka hancur musnahlah ikatan mereka dengan Allah SWT.

Alhamdulillah, maka betullah perjuangan kita berada didalam jemaah Islam PAS ini. Dengan banyaknya rintangan dan halangan, maka betullah, inilah janji Allah kepada pejuang-pejuangNya yang ingin menegakkan agamaNya dimuka bumi. Allah tidak akan beri laluan mudah kepada askar-askarNya untuk mencapai kemenangan, malah Allah akan menguji sehebat-hebat ujian kepada para pejuang-pejuangNya. Takbir!!!!!!

0 ulasan: