Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Mac 18, 2009

DAH MAKAN BABI, MENGAPA TIDAK KE SPRM?

(AMARAN-Artikel untuk dibaca oleh mereka yang boleh menelan maksud terlindung buku SHIT sahaja)

Waduh, kasarnya tajuk artikel hamba hari ini. Mengapa binatang mugholazah itu yang dimasukkan ke dalam tajuk cerita hari ini? Siapa pula yang makan babi? Mengapa pula jika makan babi perlu di bawa ke perhatian SPRM pula?

Seperti Kadir Jasin berhujah, rasuah perlu dikhinzirkan kepada orang Melayu. Ya, rasuah perlu dibabikan kepada akal fikiran orang Melayu. Kerana apa? Kerana orang Melayu ini jenis jijik sangat dengan binatang yang bernama babi ini. Jijik ini lebih mengatasi dengan jijiknya kepada dosa menghina nabi. Pantang disebut babi, maka melenting puakalah si Melayu itu. Dihidang babi sahaja, maka sepak terajanglah meja makan kerana terasa terhinanya diri.

Tetapi jika tidak solat, takde rasa apa-apa pula. Padahal, dosa tidak solat, lebih bergunung-gunung dosa mengatasi dengan makan babi. Serupa juga dengan rasuah. Makan rasuah, dosanya seia sekatalah dengan makan babi, tetapi orang Melayu dari keturunan umno, tiada rasa perasaan apa-apa pun dengan makan rasuah ini. Seperti makan sarapan, makan tengahhari, minum petang dan makan malam dengan berlaukkan babi setiap hari puak-puak umno ini.

Maka disini, mulai hari ini, makan rasuah adalah disama ertikan dengan makan babi agar sesiapa orang Melayu yang membacanya, akan berasa cukup jijik lagi hina dengan makan rasuah ini. Eh, silap, makan babi ini.

Memang betul-betul cap ayam apabila melihat perangai puak-puak umno rasuah ini melayan ali rustam yang telah didapati bersalah makan babi. Bukan setakat makan babi, malah memberi orang lain makan babi bersama-samanya. Jika hamba, hamba sudah lama buang ali ini ke dalam lubang jamban, tetapi, puak-puak umno ini masih lagi terhegeh-hegeh memberi sokongan kepada ali yang sudah makan babi ini. Apa punya cerita ini? Orang melayu makan babi pun mahu sokong ke?

Geli geleman melihat telatah puak rasuah dari melaka. Sudahlah berketuakan simakan babi, malah diorang-diorang sekali mahu makan babi sekaki.Tunggul betul! Kemudian yang membuat hamba lagi geli ialah sinajib pula yang memang kepala makan babi hendak mengubah parti rasuah. Waduh! Ini memang cap ayam A1. Memang betul-betul cap ayam A1 munafik nombor wahid!

Sudahlah puak-puak umno rasuah yang selalu makan babi ini. Sudahlah. Naik muntah hamba melihat telatah korang. Ptuih! Hamba ludah tiap kepala puak umno yang cukup kenyang dengan makan babi!

0 ulasan: