MAKHLUK ASING.

(Inilah usia dunia, semakin senja)


Bosannya. Sudah 2 minggu hamba tidak dapat mengakses internet di rumah. Diulangi, 2 minggu. Lama tu dua minggu tu. Sekarang barulah hamba tahu bagaimana makcik-makcik wanita UMNO dan pakcik-pakcik pentua UMNO merasai mendapat berita terkini hiburan sensasi hanya pada media telivisyen Malaysia yang cap ayam itu. Memang membodohkan manusia dan manusia akan menjadi bodoh jika manusia itu tidak berusaha untuk mendapatkan didikan makluman alternatif selain TV cap ayam. Sakitnya hati hamba.

Makluman yang bulat-bulat menipu, apabila didengar berulang-ulang kali akan menyebabkan sipendengar yang tahu maklumat itu memang sah bohong akan 'ter'percaya seketika berita bohong yang diulang-ulang itu. Memang benar. Akal hamba tiba-tiba black-out 2 saat untuk memproses maklumat yang diterima dari berita TV cap ayam sama ada benar atau bohong, padahal hamba tahu bendanya memang bohong. Namun, alhamdulillah, oleh kerana hamba ini cukup fanatik PASnya, maka hanya setakat 2 saat sahajalah,...;)


'Islam datang dalam keadaan dagang dan akan berakhir juga didalam keadaan dagang. Maka beruntunglah mereka yang didalam dagang'. Dagang ini bermaksud asing. Akhir zaman ini, apabila kita memperjuangkan Islam atau kita terkehadapan untuk menegakkan Islam, maka insyaAllah masyarakat akan mengasingkan kita.

Oleh itu, kepada sesiapa yang sedang berjihad untuk menegakkan Islam, maka anda sekelian mestilah bersiap-sedia untuk menjadi makhluk yang diasingkan oleh masyarakat. Masyarakat Melayu sekarang ini sudah agak jauh dengan Islam yang syumul. Masyarakat Melayu sekarang ini lebih mengutamakan kesenangan dunia dan harta benda wang ringgit daripada iman dan Islam. Masyarakat Melayu sekarang ini telah dijauhkan dari Al-Quran dan Rasulullah. Maka jika ada seorang dua Melayu yang berdakwah kepada sekumpulan Melayu, maka jangan khuatir dan jangan risau, anda akan diasingkan.


Bergembiralah wahai manusia yang sedang diasingkan kerana menjalankan kerja dakwah, bergembiralah kamu kerana ini adalah janji Allah......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?