UNDI MELAYU YANG MEMENANGKAN PAS DI KT, BUKAN CINA.

(Gambar ehsan MalaysiaKini)

Alhamdulillah, nampak gayanya, yang memberikan kemenangan kepada PAS di KT di dalam PRK semalam adalah orang Melayu. Daripada sumber MCA. UPU majoriti Cina dimenangi oleh BN.

Dimana BN mendapat 4114 undi, dan PAS mendapat 3071 undi. Beza sebanyak 1043 undi. Ini bermaksud, perbezaan orang Melayu yang mengundi PAS berbanding denga BN adalah 2631(majoriti) + 1043(beza undi cina) + 1039(undi pos BN) = 4713 undi.

Bermaksud sebanyak 4713 orang Melayu dianggarkan lebih ramai mengundi Parti Islam berbanding parti Nasionalis.

Adakah ini kerana isu hudud yang melampau ke tahap merosak akidah yang dimainkan oleh BN UMNO atau undi tidak suka kepada Wan Farid. Jika kerana ianya adalah kisah berkenaan dengan hudud, maka hamba rasa insyaAllah Terengganu akan dapat dirampas oleh PAS dari UMNO untuk pilihanraya akan datang.

Tetapi jangan juga dirisaukan mengapa undi Cina tidak menyebelahi PAS. Sebenarnya mereka menyokong Parti Islam, cuma mereka tidak keluar mengundi sahaja. Seramai 69.25% sahaja pengundi cina yang keluar mengundi berbanding keseluruhan 79% pengundi yang keluar. Kurang 10%. Mereka tidak keluar kerana takut ancaman kerajaan negeri tidak mahu membangunkan UPU yang mengundi PAS.

Oleh itu, bagi PAS dan PR Terengganu, mesti mengutamakan undi Melayu kerana lebih 90% pengundi di Terengganu adalah orang Melayu. PRK P036 ini menunjukkan, walaupun kalah undi cina, namun masih tetap boleh menang dengan sokongan orang Melayu yang ramai. InsyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?