Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, Januari 18, 2009

TANAH ISU POLITIK DAN PERLU DIKENDALIKAN SECARA POLITIK JUGA.

Ayah hamba selalu pesan, jika hendak beli kediaman, jangan beli kondo, apartment atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Sebab apa, sebab bawah kaki kita, kita akan pijak kepala orang, di atas kepala kita pula, orang akan pijak kepala kita. Maksudnya apa ni? Maksudnya ialah jika kita beli kondo atau apartment sebagai kediaman, maka kita tiada tanah!


(Nampak mewah, tetapi tiada tanah, hanya duduk di awang-awangan)

Ya, itulah nasihat ayah hamba jika hamba hendak membeli kediaman. Mesti ada tanah dan mesti rumah lot tepi yang ada tanah. Biar mahal macam mana sekalipun, asalkan ada tanah. Dan jika sudah ada tanah, jangan mengada-ngada hendak menjual kepada orang lain. Nasihat ayah hamba, hamba akan ingat sehingga bila-bila.

Dari sini, hamba dapat melihat, apa yang DAP sedang lakukan sekarang ini di bumi Perak, seperti mereka mendengar nasihat ayah hamba. DAP adalah satu badan politik yang geliga dan banyak otak, kerana mereka tahu, mungkin ini adalah hanya satu-satunya penggal pemerintahan mereka di negeri Perak, mungkin pada pilihanraya akan datang BN akan mengambil alih, maka mereka 'all out' menjalankan kerja-kerja yang memastikan cita-cita politik untuk menguntungkan kaum Cina terlaksana.

YAB Dato Seri Ir.Mohammad Nizar adalah seorang yang baik, berakhlak dan bersih. Namun dari segi caraan politiknya agak tidak digemari oleh hamba secara peribadi. Kerana belum sampai setahun, dilihat MB Perak seperti terikut-ikut rentak DAP di dalam perlaksanaan kerja pemerintahan.

Contoh yang paling nyata yang dapat dilihat ialah soal tanah untuk kaum Cina. Sungguh terang lagi nyata, ianya semestinya idea dari DAP untuk mempercepatkan proses memiliki tanah selama-lamanya itu walaupun PR membuat penjelasan bahawa ianya adalah manifesto dari Barisan Alternatif, tiada kaitan dengan DAP.

Ianya bagi hamba satu langkah politik yang sungguh kurang bijak. Perlaksanaan ini walaupun betul, tetapi dari segi caraan politiknya ianya amat merugikan PAS. Sepatutnya, kerajaan negeri Perak mengutamakan kerja-kerja mengembalikan tanah rezab Melayu yang telah dirampas oleh kerajaan UMNO BN dahulu yang belum diganti-ganti, bukannya memberi tanah hampir milik selama 1000 tahun kepada kampung baru terlebih dahulu.

Biarlah orang Melayu nampak hasil yang dilakukan oleh kerajaan negeri terlebih dahulu, kemudian barulah kerajaan negeri tumpukan kepada tanah-tanah kampung baru. Biar orang Melayu nampak, tanah rezab Melayu dikembalikan dan diperbesarkan, kemudian barulah ditumpukan kepada tanah-tanah orang Cina untuk dimilik kekalkan.

PAS perlu undi orang Melayu untuk menang, PAS memerlukan orang Melayu untuk memerintah secara kuat majoriti didalam EXCO. Isu ini walaupun betul, tetapi dari segi caraan politiknya amat kurang kualiti kecerdikan. Tanah adalah satu isu sensitif kepada orang Melayu JIKA ianya diwar-warkan. Selama ini, walaupun UMNO banyak menggadaikan tanah rezab Melayu, namun ianya tidak diwar-warkan.

Hamba nampak disini seperti tindakan kerajaan negeri melalui pejabat Menteri Besar tidak merujuk dahulu kepada PAS Pusat apabila mengambil tindakan. Segala tindakan yang sensitif seperti tanah ini, amat memerlukan rujukan daripada PAS Pusat untuk tindakan.

Hamba harap perkara ini tidak berlaku lagi. Ini kerana sudahlah orang Melayu di Perak memang tidak mengundi PAS semasa PRU 12 lalu, dengan tindakan ini, walaupun betul, tetapi cara yang agak kurang baik, akan bertambah jauhlah umat Melayu dengan PAS selepas ini. Sudahlah PR tiadanya kemudahan media, dengan tambahan pembawaan politik merugikan parti, maka susah PAS akan melekat dihati orang Melayu yang berada di atas pagar. Nauzubillah...:(

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

heh!!! bodo mung gi ngetoh sediri lah kalu mung nok ko tanoh gak..
demo tu baru tok sapa setahun lagi meretoh.
mung ni jenih tok harap pada orang lain.
dia menteri pun bijak pandai jugok lah weh.kalu tidok mana boleh dio nok jadi menteri.
mung dok panda sorang.masih lagi dok lekat perangai ameno.buer muer lah weh pranga tuh.
beli tanah sediri dok pero itik ayam .pasti dio tok gangu mung sebagai pemimpin itik ayam.