Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, Januari 04, 2009

12 HARI PENJENAYAH AKAN OVERTIME.

Seronoknya pencuri, penyamun, perompak, mat rempit, perasuah, pemaksiat, perogol dan berbagai-bagai mereka yang profesyennya adalah membuat dosa noda pada 6/1/09 sehingga 17/1/09 ini.

Mana tidaknya, seramai 6,000 anggota polis akan di'cuti'kan tugasnya untuk memantau dan menangkap mereka-mereka yang berprofesyenkan pekerjaan cap ayam ini. Seronok bebenorlah mereka-mereka ini nanti. Akan menambahkan pendapatan dan boleh buat overtimelah mereka-mereka ini untuk membuat pekerjaan harian mereka kerana kesenangan membuat kerja harian.

Hamba pun tidak faham mengapa polis Malaysia ini sungguh berminat dengan PRK KT P036 ini? Apa masalahnya dengan pilihanraya kecil ini sehingga 6,000 anggota polis perlu ditugaskan untuk PRK ini? Mengapa? Orang Kuala Terengganu ni ganas macam LTTE ke? Tidak puas hati je, bunuh orang, tidak puas hati je bunuh orang, gitu? Atau puak-puak PAS ini adalah teroris antarabangsa yang selalu mengebom berani mati kepada pengundi-pengundi yang tidak mahu mengundi mereka?

Apalah punya cerita ni. Macam cap ayam. Orang Kuala Terengganu adalah orang bandar. Majoriti Melayu. Majoriti Melayu diulangi. Diulangi lagi sekali, majoriti Melayu. Melayu yang bersifat sopan santun, penuh maruah dan beragama Islam serta berpendidikan. Ini nampak macam pihak kerajaan hendak menghina puak-puak Terengganu yang seperti mengatakan mereka ini tidak boleh bertindak mengikut lunas undang-undang kerana sifat 'kejahatan' mereka. Ya, ini memang satu penghinaan kepada pengundi dan juga penduduk Kuala Terengganu.

Hamba kasihan melihat 6,000 anggota polis ini nanti, sudahlah kena buat kerja lari dari 'job description' mereka, nanti, bila hujung tahun, bila ada temuduga prestasi kerja tahunan, kena hentam kromok kerana prestasi kerja yang kurang memberangsangkan. Kerana apa, kerana kes-kes jenayah meningkat, kes-kes samun meningkat, dan kes-kes PRK asyik-asyik pembangkang je menang.

Wahai polis. Tolonglah buat kerja yang telah diamanahkan rakyat kepada anda sekelian. Tolonglah. Kes-kes jenayah sekarang di Malaysia sudah terlalu kronik. Hilang kasut mahal di pintu rumah sudah menjadi fenomena kehidupan biasa di Malaysia di bandar-bandar besar. Sehingga polis sudah ke tahap tidak mahu layan kes-kes kasut hilang ini kerana kes-kes jenayah lebih besar lebih banyak yang perlu diselesaikan.

Jika motor anda hendak diparkir, anda diwajibkan untuk membawa sekali mangga sebesar buah nangka agar motor anda tidak hilang ghaib entah ke mana. Jika hilang ghaib juga, maka janganlah berangan-angan dengan repot kepada polis akan membuahkan hasil mengembalikan motor kesayangan anda kepada anda.

Inilah dia Malaysia yang kita duduki sekarang. Penuh dengan perkara-perkara cap ayam. Atau ada tambahan bahasa baru dari abang hamba dari Bahrain, cap ayam pongek. Maka bergembiralah penjenayah-penjenayah di Malaysia nanti dengan kerja-kerja tambahan masa kerana polis akan berkurangan sebanyak 6,000 anggota selama 12 hari mulai 6/1 ini. Apalah nasib badan kepada kita rakyat marhaen ini, malang, malang,.......:(

0 ulasan: