Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Disember 19, 2008

HAMBA SETUJU DEMO BANTAH I-DANCE!

Eh? Lepas tulis artikel dibawah, tiba-tiba terasa hendak sambung tulis lagi. Bukan buang tabiat, tetapi setelah melayari blog-blog dan akhbar internet, terbaca pula hamba tentang demo yang akan dibuat oleh Pemuda PAS Pulau Pinang sebab tidak mahu I-Dance dilangsungkan di pulau mutiara itu.

O.k tu. Hamba sokong 100%. Demo, jangan tidak demo. Walaupun PAS sudah berkerajaan sekarang, walau tidak 100% berkuasa, demo tetap demo. Jika tidak puas hati, demo. Bukan tidak puas hati pasal apa, tidak puas hati dengan maksiat, apa salahnya demo.

Ini tidak, ada pula idea insan-insan yang mengatakan sesiapa yang berdemo, kita berakal pembangkang. Apalah yang sempit sangat pemikiran ini. Apa? Jika sudah pegang tampuk pemerintahan, tidak boleh membangkang ke? Jika begitu, serupa BN lah kita.

Ada kata, pergilah berbincang dengan ketua menteri, itu lebih berhikmah. Eh? Manalah pula tahu yang itu berhikmah? Berdemo tidak hikmah? Hamba rasa, buat kedua-duanyalah berhikmah! Mesti buat kedua-duanya, satu, berbincang adalah secara tertutup, kita dakwah kepada mereka yang meluluskan penganjuran, dua, buat demo secara terbuka, biar masyarakat tahu I-Dance yang hendak dianjurkan itu adalah maksiat, bermaksud berdemo adalah dakwah kepada masyarakat. Perlu diingat, demo pemuda membantah benda-benda maksiat ini bukan seperti demo Bersih, tetapi demonya adalah berdakwah secara 2 mata dengan mereka yang hadir dan memberi flyers tentang hukum halal haram.

Hamba tabik hormat kepada Pemuda PAS Pulau Pinang. Ada maksiat sahaja bangkang, ada maksiat sahaja bangkang. Inilah dia pemerintahan yang baik. Tidak bagi kata putus kepada maksiat. Maksiat sudah berlambak-lambak sekarang didunia ini sehingga mereka yang tidak membuat maksiat dianggap hidup di dalam kehidupan yang asing. Hidup didalam kelompoknya sendiri. Sudah mengarut sekarang kehidupan manusia kini. Sungguh mengarut.

Apa-apa pun, hamba menyarankan, demolah wahai pejuang-pejuan Islam di Pulau Pinang, hamba sokong dari jauh 100%. Takbir!

AKAL TIBA-TIBA MEREWANG.

(Muka jejaka tampan bersama anaknya yang comel)


Tiba-tiba sahaja, hamba teringat kena air asid dan gas pemedih mata difikiran hamba yang tidak geliga ini. Dengan secara yang penuh misteri, terlintas difikiran hamba yang penuh idea lagi berinovasi terkini ini tentang saat dan ketika hamba terkena pancutan air asid dan tembakan peluru gas pemedih mata ketika hamba berdemo dahulu kala.


Hamba terasa pelik. Ajaib pun ada juga. Mungkin agaknya sudah lama hamba tidak pergi berdemo, maka akal hamba memberontak kepada badannya mengapa sudah lama tidak pergi berdemo? Ya, mungkin. Semenjak kecewa dengan 'demo' protes tidak menjadi dahulu, hamba agak kehilangan nafsu untuk berdemo. Apalagi ada manusia cap ayam hendak berdemo secara telanjang bonge, lagilah hamba tidak bernafsu untuk berdemo.


Maka oleh itu, dapat disimpulkan oleh akal hamba setelah kembali teringat akan kesakitan terkena pancutan air asid dan gas pemedih mata, maka akal hamba menyatakan kepada urat saraf hamba bahawa terkena gas pemedih mata adalah lebih sakit daripada terkena air asid. Ya, gas pemedih mata lebih sakit dari air asid. Adakah anda yg membaca blog ini percaya, jika tidak, cubalah buat eksperimen sendiri.


Tiba-tiba mata mengantuk. Tidurle dulu,.....:)

Rabu, Disember 17, 2008

CERITA HAMBA MINGGU INI.

Lama bebeno rasanya hamba tidak berblog. Maklumlah, cuti raya Haji. Makan daging lembu banyak sangat. Walau apapun yang berlaku, TV3 tetap masih dan setia berbohong dengan gaya cap ayamnya.

Hamba baru sahaja balik dari kampung isteri hamba, batu enam, Terengganu. Hamba tidak ke mana, cuma cuti sakan pergi ke pantai, ke kemaman, ke pantai, ke jammu, ke pantai, ke jammu dan ke bandor. Itulah kerja rutin hamba. Tidaklah pula ada terlintas hendak melihat-lihat suasana politik disana sejak-sejak KT hendak adakan PRK ni.

Tok tua hamba alhamdulillah sihat. Cuma kena gout sehari. Bila balik sahaja dari Terengganu, singgah sehari di rumah ibu di K.L. Ayah hamba dan Ibu hamba alhamdulillah sihat belaka. Cuma kereta Odyssey hamba sahaja tidak sihat. Alternator kong. Siap dia sapu dengan bateri sekali. RM500 pergi ke kereta sahaja. Macam tetahu je kereta tu isteri hamba hendak dapat bonus.

Sibuk-sibuk dengan kerja, baru teringat, anak hamba kedua, Nurul Iman belum inject lagi untuk dos umur setahun. Sudah sebulan 4 hari terlebih waktu. Mungkin esok lusa hamba akan ke klinik untuk injection anak hamba. Harap dengan izin Allah, anak hamba sihat walafiat.

(Budak comel ni nak kena inject. Adoi, sakitnya nanti....)


Hamba sekarang ini agak sibuk dengan kerja-kerja dan tanggungjawab sekarang ini. Terutama dengan jemaah, semenjak dipaksa rela menjadi setiausaha PAS cawangan Rasa, hamba sedang membuat satu projek untuk mendapatkan bangunan rumah kedai untuk disewa dijadikan markas PAS cawangan Rasa. Inilah projek pertama hamba sebagai setiausaha gamaknya. Problemnya satu je le, dana tidak kecapaian.

Kepada sesiapa hendak beri dana tu, bolehlah kiranya infa'kan kepada kami disini. Amat-amat kami hargai untuk buat kerja-kerja Islam ini. Baca-bacalah blog PAS cawangan Rasa yang ada dipampang di sebelah kanan blog hamba, insyaAllah, besar pahalanya nanti menanti anda.

Kepada abang hamba yang setia melayar blog adiknya tu, walau duduk jauh nun di Bahrain, apa salahnya infa'kan kepada perjuangan Islam di sini. Setakat seribu dua ribu, no hal kot,.... he, he.

Inilah ceritanya hamba pada minggu ini. Kerja sibuk, namun masih setia berblog, kerana ianya telah menjadi hobi hamba semasa hamba tidak berapa sibuk,.....;)

Jumaat, Disember 05, 2008

SELAMAT HARI RAYA HAJI.

Isnin ini adalah hari Raya Haji. Aidiladha. Hamba tidak kepastian, wukuf di arafah adalah pada hari ahad atau sabtu di sempadan tanah haram di sana? Cumanya, puasa sunat tetap hari ahad di Malaysia.

Sempena bulan baik dan hari baik ini, hamba hendak memohon maaf pada semua mereka yang terblog ke blog hamba yang tidak seberapa ini. Hamba juga tahun ini rasa terkilan sedikit kerana tidak melaksanakan ibadah korban. Bukannya tiada duit, cuma tidak kecapaian untuk mendapat satu bahagian. Dosa besar hamba jika hamba ini dari mazhab Hanafi.

Raya pertama hamba akan beraya bersama ibu dan ayah hamba di KL. Yahooo! Sabtu ini selepas gotong royong membersihkan tempat 'rebang' di kampung napi untuk upacara rebang PAS Cawangan Rasa, hamba sekeluarga akan balik 'kampung' di KL.

('Makan daging bebanyak ye, makan daging korban sedaaaap.' , Pesanan dari anak hamba kepada bloggers)

Hari tasyrik 1, jam 7.25pg, hamba akan naik firefly terbang ke udara menuju batu enam. Yap, hamba akan ke Terengganu sehingga hari ahad, 16 zulhijjah. Isteri tersayang rindu sudah pada tok tua hamba. Kena balikle. Lagipun ada sepupu hendak bernikah jumaat itu.

Yang menariknya, adik perempuan hamba akan ke Kemaman pada hari khamis, kerana pada keesokannya, adik hamba akan ke INTAN kerana perihal hendak dapat kerja sebagai PTD. Kenalah hamba turun ke kemaman khamis ini. Jumaat pula, kena turn kemaman sekali lagi untuk menjemput adik hamba ke batu enam. Tinggal disana hingga ahad, dan balik sesama naik firefly.

Itulah gamaknya cuti hamba selama seminggu ini. Seronoknya hari ini hari akhir kerja sebelum cuti 9 hari. Kerja production masih tidak habis. Tetapi tidak mengapa, due date kerja dilanjut ke tahun hadapan. Harap tahun depan siaplah kerja tu,.....:)

Isnin, Disember 01, 2008

TOK GURU NIK AZIZ TIADA PENGGANTI? MASALAH BESAR INI.

Hamba betul-betul seronok, sebab apa hamba seronok, kerana masih ramai lagi insan-insan yang menyayangi tok guru Nik Aziz. Memang molek sangat insan-insan umat manusia menyayangi tok guru kerana sifat-sifat dan iman beliau, cuma jangan taksub yang amat kepada beliau, sudah.

Inilah masalah umat Melayu sebenarnya. Tokoh-tokoh yang zuhud seperti tok guru Nik Aziz seperti ditiadakan oleh insan-insan manusia. Hamba telah kata, dalam artikel sebelum ini, mengapa hamba ungkitkan perkara ini, kerana kita sendiri seolah-olah menyatakan tiada lagi manusia di tanah Melayu ini yang serupa atau lebih baik daripada tok guru Nik Aziz.

Jika betullah kepada sesiapa yang mengatakan tok guru perlu menjadi MB sehingga wafatnya tok guru, ini tandanya masalah besar melanda kepada jemaah Islam PAS akibat kekurangan kepimpinan yang suzuhud tok guru. Memang masalah besar.

Alangkah eloknya ada beratus-ratus insan didalam jemaah PAS yang setanding tok guru atau lebih hebat daripada beliau. Tetapi malangnya, ianya seperti ahli jemaah PAS sendiri yang membutakan mata untuk mengharap agar tiada pemimpin yang boleh menggantikan tok guru Nik Aziz. Sepatutnya kita telah dan sedang mencari pengganti seperti atau yang lebih baik daripada tok guru Nik Aziz agar jemaah PAS lebih kuat dan jitu pada masa yang mendatang.

Jangan taksub wahai kawan-kawan sekelian kepada seorang pemimpin. Kerana jika ada terdetik perasaan taksub kepada seseorang pemimpin, maka jemaah Islam itu ada masalah yang perlu dibaik pulih kerana nama pun jemaah, bukannya parti berlandas nama seorang pemimpin.

Zaman mendatang adalah zaman dimana Islam dan juga mana-mana jemaah Islam didunia ini akan dijadikan musuh utama kepada umat manusia. Kita akan dicop bermacam-macam rupa, akan cuba dihapuskan dengan berbagai kezaliman, dengan berbagai cara, dengan berbagai kaedah, dimana kaedah yang paling digemari oleh pihak kuffar ini adalah memecah-belahkan jemaah Islam.

Mengapa jemaah Islam? Kerana sifat jemaah yang beringinkan kembali empayar Khalifah Islam tertegak di muka bumi ini. Ingin melihat kembalinya pemerintahan Al-Quran dan As-Sunnah dimuka bumi ini. Bukan setakat Kelantan, bukan setakat Malaysia, tetapi diseluruh benua, di seluruh dunia, dimana ada manusia bumi dipijak, disitulah tertegaknya hukum Allah.

Oleh itu, wahai saudara-saudara seIslam, jangan sempitkan fikiran kita hanya kepada perkara yang sempit, tetapi luaskanlah pemikiran kita, bukalah seluas-luasnya untuk menegakkan kembali Islam. Islam itu luas dan perlu diperluaskan.

Bukanlah mengatakan hamba ini bagus sangat, sebenarnya samalah juga dengan hamba, fikiran sempit, sifat malas masih menebal dalam diri hamba dan ilmu masih tunggang langgang. Oleh itu, tolonglah selamatkan juga hamba,.......