Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, November 30, 2008

PAS JANGAN PINGGIR MELAYU!

Asyik-asyik cerita berkenaan politik, asyik-asyik cerita berkenaan politik. Apekehenya hamba ni? Teruja bebenor hamba hendak berceloteh tentang politik. Termasuk artikel yang ini. Biarlah sekerat muka atau 2 kerat muka, asalkan nama hamba bertanggungjawab dengan penulisan hamba ini. Hamba tetap akan bercerita tentang politik.

Hamba tidak mahu cerita berkenaan Kuala Terengganu, kerana insyaAllah, hamba akan ke sana. Hamba juga tidak mahu bercerita tentang kongres PKR, kerana hamba bukan ahlinya. Apa yang hamba hendak bercerita ialah tentang PAS dan Melayu.

Sedar tidak sedar, waras atau tidur, PRU13 nanti, hendak tidak mahu, PAS akan bertanding dimana UMNO akan bertanding di dalam kawasan parlimen yang majoritinya umat berbangsa Melayu yang menganut agama Islam. Angka 90,80 dan 70 akan menjadi milik PAS untuk bertanding. Kepastiannya adalah ditahap 90%.

Bermaksud, kalah menang PAS adalah ditangan jari jemari umat Melayu yang memegang pensil untuk memangkah di dalam kotak 2x3x3. Pangkah dacing kalahlah PAS, pangkah bulan mengembang menanglah PAS.

Mahu tidak mahu, puak PAS perlu tahu juga, dan sememangnya PAS tahu, pada PRU12 dahulu, UPU pengundi Melayu majoriti, banyak keputusannya kalah belaka. Mengapa kalah, sebab orang Melayu sokong UMNO, bukan PAS. Diulangi, orang Melayu pada PRU12 dahulu sokong UMNO, bukan PAS.

Jika demikian, mengapa PAS sibuk sangat memberi tumpuan kepada orang bukan Melayu? Asyik-asyik cerita bukan Melayu, asyik-asyik cerita bukan Melayu. Jika kome jawab ianya adalah kerana dakwah, o.k,hamba boleh terima, tetapi, dakwah kepada Melayu pun masih tonggang langgang, apekehenya? Zalimnya PAS kepada umat Melayu. Lupa langsung korang kepada umat Melayu yang sudah lama lalai dengan Islam. Kembalikanlah semula umat Melayu kepada Islam, tolonglah!

Benda-benda yang sensitif, seperti arak dan judi, PAS perlulah tegas mengharamkan benda yang memang haram jadah kepada umat manusia. Pedulikan DAP dan orang bukan Islam, kerana mereka memang tidak faham. Oleh itu, fahamkanlah mereka! Jangan berlembut lagi berlembik dengan puak-puak yang tidak faham-faham ini. Ada ke patut kita kena jaga hati puak-puak ini hanya semata-mata kerana mereka didalam PR. Cap ayam sangatkah kita ini termasuk hamba?

PKR dan DAP memanglah tidak suka perkara-perkara ini diungkit, kerana mereka hendak menjaga hati pengundi mereka yang bukan Islam yang suka berjudi dan minum arak sebagai hobi, tetapi, PAS, apekehenya tidak boleh ungkit benda yang betul ini?

Hello manusia! Boleh kaborkan pada hamba yang arak dan judi ini adalah satu perkara yang baik lagi menjurus kepada keharmonian rumah tangga? Jawab! Jawab! Bagus sangatkah arak dan judi ini sehingga isu 2 benda ini cukup payah untuk diungkitkan?

Umat Melayu sedang melihat tindakan PAS. Ya, mereka melihat tindakan PAS. Kerana apa mereka melihat tindakan PAS? Kerana alternatif mereka selain memangkah UMNO adalah PAS. Ya, memang betul. Kerana kerusi 90, 80 dan 70% Melayu, terpampang lambang PAS pada kertas undi. Oleh itu, adakah PAS hendak membutakan mata untuk berdakwah kepada umat Melayu?

PAS sepatutnya menjuarai sentimen-sentimen menyebelahi Islam kerana untuk menang, PAS mesti membuktikan kepada umat Islam yang majoritinya Melayu bahawa jika pangkah PAS, Islam terbela. Jika pangkah PAS, Islam akan memerintah, jika pangkah PAS, negara akan diredhoi Allah kerana negara ikut Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan ikut kepala sendiri, ikut lojik akal sendiri, ikut citarasa sendiri.

Maka oleh itu, PAS kembalilah memperjuangkan Islam untuk memerintah. Janganlah ikutkan sangat fekah Turki, kerana turki itu memang terang-terang sekular yang terlalu sekular, Malaysia ini masih ada Islamnya, walau ianya hanya sedikit lagi kosmetik.

Sabtu, November 29, 2008

SEDAP MULUT KABOR PAS INI ADA INFERIORITY COMPLEX.

Ada orang kata 2 x 2 = 4. Atau 2 + 2 = 4. Tetapi di dalam politik 2 + 2 = 0. Korang fikirlah sendiri macam mana boleh dapat jawapan begitu.

Baru sebentar tadi hamba terblog blog penarik beca. Cerita tajuk Kompleks kontot PAS Selangor. Ada orang hantar e-mail pada dia, dia ada sebut (bukan bakaq, tapi yg beri e-mail tu) yang parti hamba jadi ahli ini ada inferiority complex. Amboi, sedap mulut dia kata gitu noooo.

Dia buat lojik akal, dia ada sebut ayat ke 5 seperti ini; "5.Kepada PAS : Its the results stupid ! Thats how you can get the respect that you want !". Fuih, siap cakap orang putih lagi.

Gitulah mereka-mereka yang anggap mereka faham sesangat sistem pilihanraya di Malaysia ini. Ikut bilangan kerusi sahaja. Ada banyak kerusi Parlimen, bermaksud, majoriti sokong parti itulah. Salah gitu, kawan, salah yang amat. Kalau mahu beri faham, belajar dengan gurulah. Hamba bukan guru, isteri hamba ya seorang guru. Matematik dan Sains lagi.

Jika kawan kita yang beri e-mail itu hendak faham situasi PRU12, maka hamba hendak buat satu contoh kepada dia kepada satu UPU contoh yang memenangkan PKR, kerja orang PAS belaka. Biarlah korang hendak kata PAS macam tidak ikhlas sahaja hendak bantu rakan, lantaklah korang, korang baca dahulu, baru faham.


(Kelam kabutnya pemikiran hamba tentang politik Malaysia)

UPU contoh ini adalah bernama UPU Bukit Rasa, pengundi 1001 orang, dan 95% pengundi Melayu Islam. Terletak didalam DUN Batang Kali, didalam Parlimen Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Ada satu cawangan PAS disini, dipanggil PAS Cawangan Rasa. Situasi yang berlaku pada PRU12 adalah seperti dibawah;

1. Sejak dari bubar Parlimen sehingga peti undi ditutup, tiada seorang pun ahli PKR yang datang membantu kerja2 pilihanraya di UPU ini. Hamba pun tidak tahu mengapa mereka2 ini hanya berkumpul dirumah banglow Dr. Zainal (Parlimen-PKR) dan pejabat cikgu Nash (DUN-PKR).

2. Yang membuka bilik gerakan Pilihanraya, pondok panas, tampal poster PKR, naik bendera PKR, bagi risalah PKR,perayu undi utk PKR semuanya insan2 dari PAS. Tidur kami membuat kerja ini adalah sekitar 3-4 pagi, subuh wajib tidak miss jemaah.

3. Yang menjadi Polling agent dan counting agent (PACA) untuk UPU ini yg ditandingi oleh PKR belaka baik Parlimen dan DUN adalah 100% ahli PAS. UPU disini ada 2 saluran dan 1 saluran ada 4 insan yg bertanggungjawab pada PACA ini. Maksudnya dari pukul 7 pg ditempat mengundi sehingga 8 malam ditempat mengundi, yang menjaga UPU ini adalah insan dari PAS belaka.

4. Yang menutup pintu sekolah tempat mengundi untuk menghalang KTM saluran 2 dari keluar kerana tidak memberi salinan borang 14 kpd Counting agent adalah insan dari PAS. Ada lebih 400 undi yang dipegang didalam borang 14 saluran 2 itu. Jika KTM tipu, maka Parlimen Hulu Selangor sekarang masih G palanivel yang peganglah. Dr. Zainal (PKR) menang majoriti 198 undi sahaja utk parlimen ini.

5. Setelah kami menelefon Setiausaha PKR bahagian Hulu Selangor, barulah datang gerombolan ahli PKR (bercampur dgn insan PAS juga) datang membantu menghalang dan mendesak KTM saluran2 memberi borang 14. Telefon PKR Rasa, tidak jawab telefon pun.

6. Jika setakat peluh 2 kerat, PAS boleh handle, tetapi duit sendiri yang terpaksa dikeluarkan, dana sendiri yang PAS sendiri kena cari ke hulu ke hilir, untuk memenangkan PKR, ini namanya memang betul-betul rakan seperjuangan. Jika ada mamat-mamat dari PKR yang hendak bising2 baca benda ini, ada satu perkara yang hamba hendak kata, takde sesiapa hendak belanja hamba dan insan2 PAS makan nasi ke? Majlis kesyukuran kemenangan PR Selangor pun PAS Rasa yang handle. Fuh, baik bebenor puak PAS nih!

Pada sesiapa yang tidak pernah turun padang bertungkus lumus memenangkan parti yang dinginkan untuk dimenangkan, teruskanlah main saham dibursa saham itu. Kumpul duit banyak2, beri infaq kepada PAS. InsyaAllah PAS akan gunakan duit infaq itu untuk perjuangan menegakkan Islam.

Lagi satu hamba hendak kabor, PAS dan PKR atau PR, korang janganlah akal sempit sangat. Yang mengalahkan PAS didalam PRU12 dahulu adalah orang Melayu. Orang Melayu masih sokong UMNO. Kerusi ditandingi PAS majoritinya kawasan Melayu. Sebab itu kalah banyak. Jangan asyik-asyik tumpu kepada orang bukan Melayu, kerana orang Melayu memang tidak sokong PAS pada PRU12. Terimalah kenyataan.

Jika begitu, mengapa lembab sangat PAS Pusat hendak beri idea yang bernas untuk kami di cawangan melaksanakan idea menawan hati orang Melayu sokong PAS? Kami di cawangan ni IQ rendah , berilah kami idea.

Jumaat, November 28, 2008

MENGAPA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK BERSARA LAGI?

Ada manusia berkehendakkan tok guru Nik Aziz bersara cepat? Ini salah ayat ungkapan yang hamba dengar ini. Bukan bersara cepat, tetapi sepatutnya ayat yang patut diluahkan ialah mengapa tok guru Nik Aziz tidak bersara lagi. Baru betul. Tok guru sudah tua. 78 tahun. Sepatutnya sudah lama menyerahkan kuasa MB Kelantan kepada orang lain sudah lama dah. Tak gitu? Ke hamba yang sasul?

Jika dilihat dari pandangan peribadi hamba, nampak sangat orang Kelantan tiada yang berwibawa untuk menjadi MB Kelantan. Tak kan lah tiada insan di Kelantan yang boleh menggantikan tok guru Nik Aziz. Mustahil lagi tidak logik. Janganlah zuhud sangat puak-puak Kelantan ini sehingga masing-masing tolak-menolak tidak mahu jadi MB. Atau pun terlalu ramai yang hendak berebut menjadi MB? Hamba tidak yakin.

Marilah kita kembali mengingatkan sejarah tahun 1990 dahulu. Apabila PAS kelantan meletakkan Tok Guru Nik Aziz menjadi menteri besar. Ramai yang tidak berapa yakin ulama seperti Tok guru boleh mentadbir Kelantan. Ramai juga mengatakan setakat mengajar agama bolehlah ulama lakukan, tapi memerintah negeri?

Tapi tengok, 18 tahun tok guru mentadbir Kelantan. O.k je. Tiada masalah besar pun. Puak Kelantan happy je dengan pentadbiran kerajaan negeri dari Parti Islam SeMalaysia.

Oleh itu, apa yang hendak dirisaukan sangat jika tok guru berundur dan digantikan oleh orang lain yang layak. Mengapa? PAS sudah ketandusan kepimpinan ke? Atau PAS Kelantan yang sudah ketandusan kepimpinan? Hamba lihat, ramaaaaiiii yang boleh menjadi pemimpin oleh rakyat kelantan ini. Ramai!

Oleh itu, janganlah salah anggap pula menuduh hamba ini berkehendakkan tok guru melepaskan jawatan. Tidak. Hamba suka tok guru masih menjadi MB Kelantan jika, diulangi, jika masih belum ada insan di Kelantan yang layak menjadi MB. Tetapi, teruk sangatlah jika begitu.....;)

Khamis, November 27, 2008

BANYAK CERITA MAHU DICERITA.

Tajuk 1: ISA punya hal.

Ada satu sahaja hamba hendak kabor pada PEWARIS. Korang semua ni ada akal ke takde? Apakebendenya kaitkan Islam dengan ISA yang jelas tanpa khilaf adalah zalim lagi haram. Lepas tu bertakbir dgn laungan Allahuakbar masa demo dengan 3 line. Jahat cap ayamnya korang ni.

Lepas tu, yang ngengade panggil pekida sekali masuk demo tu apahal? Kan ke dah mencemarkan orang Melayu, hendak sepak terajang seorang perempuan yang lemah. Mana adat Melayu korang wei? Memalukan melayu betul korang ni. Konon hendak menjaga hak orang Melayu. Pigidah! Ayam pun tahu korang menipu!

Tajuk 2 : Arak punya hal.

Mengapalah takde akal juga orang DAP ni? Suka sangat minum arak ke korang? Kan ke elok korang tak minum arak. Kita mulakan cuba try test di shah alam dahulu. Bukannya haram terus jual macam di Amerika dahulu zaman 30-an. Tetapi di tapis kecilkan.

Mengapa ni DAP? Korang ada syer ke dengan Carlsberg? Ke ada syer dengan Anchor? Korangkan pemimpin, takkan pengundi kamu yang suka minum arak korang taknak 'dakwah' mereka supaya meninggalkan arak yg menjahanamkan pengundi kamu itu? Cuba kalau pengundi kamu itu suka merasuah. Takkan korang hendak kekalkan budaya rasuah disebabkan mereka itu, pada satu ketika, mengundi kamu.

Ayam juga ke DAP ni? Atau mereka ini memang tidak ubah2 perangai cap ayam mereka?

Tajuk 3 : Yoga punya hal.

Elok bebenorlah fatwa mengharamkan yoga. Dah memang dia haram, takkan nak kata halal kot? Yang pelik ni, Sultan pun ada senam yoga juga ke? Kalau ada, taubatlah, senang cerita. Jangan hendak pertikai fatwa.

Yang non-muslim, korang ni jenis cap ayam juga ke hendak kecoh-kecoh dengan fatwa orang Islam? Korang kajilah dahulu agama yg kamu anut tu, betul ke? salah ke? lojik ke agama kamu tu? atau saja-saja buat tidak tahu?

Jangan sudah mati, baru tahu kamu itu adalah pada golongan yang salah. Selama-lamanya menyesal,.....

Tajuk 4 : Nazri menipu punya hal.

Kesian Puchong. 2 hari kena paksa bercuti. Relakslah Gobind 2 hari. Tidak perlu pening2 lalat di dalam parlimen. Bukan pening kerana ahli parlimen dari BN, tetapi pening kepala dengan perangai speaker dewan cap ayam.

Selepas ini, seronoklah ahli parlimen, boleh menipu sambil berbohong. Tetapi ada caranya iaitu semasa berbohong atau menipu, buatlah cara seperti kononnya anda tidak tahu fakta yang sebenar. Maka berbohonglah kamu sekelian ahli parlimen kerana speaker cap ayam akan mengatakan, 'kamu tidak berniat untuk berbohong, tetapi berkata di dalam satu ayat fakta yg salah'. Hah! Hah! Hah! Inilah dia parlimen yang sungguh benar cap ayamnya. Cukup benar cap ayamnya.

Tajuk 5 : TV3 punya hal.

Menipu, berbohong dan menfitnah dengan gaya cap ayam. Menipu, berbohong dan menfitnah dengan gaya cap ayam. Menipu, berbohong dan menfitnah dengan gaya cap ayam. Menipu, berbohong dan menfitnah dengan gaya cap ayam. Menipu, berbohong dan menfitnah dengan gaya cap ayam. Menipu, berbohong dan menfitnah dengan gaya cap ayam. Menipu, berbohong dan menfitnah dengan gaya cap ayam. Sekian berita,......

Khamis, November 20, 2008

MULA-MULA MENIPU, KEMUDIAN MEMBOHONG, LAMA-LAMA JADI TV3.

Ada peribahasa yang tidak pernah didengari oleh manusia, kerana ianya baru dicipta hari ini, yang berbunyi, "Mula-mula menipu, kemudian membohong, lama-lama jadi TV3". Itulah dia tajuk artikel hari ini iaitu TV3 yang suka menipu dengan sombongnya. Sudahlah berlagak, sombong, perasan macam bagus, padahal penuh dengan kudis dan najis mugholazah terpait kepada setiap individu yang bekerja di TV3.

Biarlah ada yang bising-bising tidak bersetuju hamba mengecop setiap pekerja TV3 itu terpait najis. Memang hamba hendak menyatakan sekali lagi, memang mereka semua terpait dengan najis kerana bersubahat dengan penipuan yang tidak sudah-sudah dari mereka dibilik berita. Busuknya sehingga 7 petala langit boleh menghidunya.

Jika tidak mahu terpait sama, berhenti sahaja dari kerja di TV3, kerja di tempat lain. Jangan mengada-ngada kata ini adalah tempat mencari rezeki, padahal itu adalah rezeki yang cukup haram lagi kotor untuk diterima.

Sudahlah itu TV3, jangan hendak buat kerja syaitan lagi. Kepada pemberita yang berpakaian tidak senonoh lagi mengada-ngada itu, bertaubatlah. Pergilah solat dengan memulakan mengambil wudhuk agar dibersihkan make-up kamu yang cukup menjahanamkan kulit-kulit muka itu. Janganlah berbohong dan menfitnah dengan sengaja membuat nada-nada bahasa yang sungguh buruk lagi busuk lagi cap ayam. Hamba hendak naik muntah dibuatnya bila mendengar cara pemberita-pemberita cap ayam ini mengintonasikan bahasa mereka seperti pelawak antarabangsa.

Lebih baik bagi TV3 agar ambil senapang, tembak bunuh dan kemudian makan daging mayat insan-insan yang kamu buat fitnah dan kemudian berbohong itu. Baru tadi, anda semua membuat cerita membohong kepada pentadbir kerajaan negeri Kedah. Apa kata anda, TV3, bunuh dan makan sahaja daging mereka yang kamu bunuh itu, lebih baik terus kepada menteri besar, Ustaz Azizan. Bukannya apa, dosanya adalah sama sahaja bagi kamu. Semasa mengedit berita tu, sedap ke daging mayat manusia?

Hendak marah pada hamba, marahlah, hendak kata bahasa hamba kesat, katalah, sebenarnya bahasa yang lebih kesat pun tidak memadai hendak menyamakan kebusukan perbuatan jijik dan kotor yang tiap-tiap hari dilakukan oleh TV3. Mereka ini memang patut lagi padan muka jika ada orang atau menusia yang menyamakan mereka seperti manusia fasik. Manusia yang suka membuat dosa.

Sudahlah menipu, kemudian menfitnah, dengan cara sombong pula itu, inilah TV3 namanya. Mengarut sahaja. Buat apalah hamba layan mereka-mereka yang cap ayam ini, tidur lagi baik,.....

Jumaat, November 14, 2008

UPSR 2008, UNTUNGNYA ANAK-ANAK 96.

Untungnya anak-anak yang dilahirkan pada tahun 1996. Dapat juga mereka menikmati peperiksaan yang sengaja dibuat wajib oleh kerajaan Malaysia yang bernama Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau singkatannya UPSR pada tahun ini, iaitu tahun 2008. Tahun dimana genapnya putaran lengkap pengajian Matematik dan Sains diajar didalam bahasa Inggeris, atau lebih tepat, mereka-mereka ini, belajar bahasa Inggeris didalam subjek Matematik dan Sains sejak dari tahun 1 lagi.

Mengapa pula hamba berkata beruntung? Mana tidaknya, keputusan peperiksaan ini adalah keputusan yang berlandaskan politik, bukan keputusan mengikut kepandaian anak-anak didalam menjawab soalan. Diulangi, ianya adalah keputusan yang telah diputus awal-awal oleh orang politik, bukan keputusan sebenar kepandaian anak-anak menjawab soalan peperiksaan. Hamba hendak mengulanginya kali ketiga, ianya adalah keputusan orang-orang politik semata-mata.

Kasihan. Ya, kasihan sungguh melihat arah tuju pendidikan Malaysia. Sungguh kasihan anak-anak kita diajar untuk menjadi pandai hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sudahlah disetkan minda agar berjaya pada peperiksaan, 'keputusan mesti bagus!', oleh ibubapanya, masyarakatnya, pemerintahnya dan diharap bukan dari guru-gurunya, namun keputusan yang diberikan sebenarnya didalangi oleh ahli politik yang hanya gilakan wang RM.

Penipu besar! Itulah ungkapan hamba ketika menonton berita malam semalam melihat keputusan UPSR yang disimpulkan oleh mereka bahawa pembelajaran matematik dan Sains didalam bahasa Inggeris telah meningkatkan tahap keupayaan anak-anak kita bertutur didalam bahasa Inggeris. Penipu besar! Diulangi, Penipu besar!

Cuba tanya anak-anak yang baru dapat keputusan UPSR mereka, terutama umat melayu dari sub bandar atau luar bandar. Tanyalah mereka di dalam bahasa Inggeris apakah sebab musabab mereka berjaya didalam peperiksaan UPSR mereka? Pasti mereka akan menjawab di dalam bahasa Melayu kerana mereka masih belum mahir untuk berbahasa Inggeris.

Cuba tanya mereka soalan-soalan matematik dan sains kepada anak-anak ini, adakah anda pasti tahap penguasaan matematik dan sains mereka adalah setaraf A yang mereka perolehi?

Tunggu sahajalah wahai guru-guru yang akan mengajar pelajar-pelajar di tingkatan 1 tahun hadapan. Anda semua akan merasai seperti mana anda, guru-guru rasai seperti biasa, tahap kasihannya melihat tahap-tahap kebolehan mereka didalam matematik dan sains seperti mana abang-abang mereka yang begitu susah untuk mendapat kefahaman didalam mata pelajaran itu. Disebabkan apa? Disebabkan mereka tidak faham belajar mata pelajaran itu di dalam bukan bahasa ibunda mereka.

Anak-anak ini terpaksa belajar perkara yang tiada kena mengena dengan Matematik dan Sains, iaitu bahasa. Bukan bahasa percakapan mereka, tetapi bahasa yang asing bagi mereka yang sepatutnya diajar didalam subjek khas untuk mempelajari bahasa itu.

Sudahlah wahai mereka-mereka yang ingin menipu. Janganlah selalu sangat menipu kerana nanti akan menampakkan tipu bodohnya kepada umum. Tolonglah umumkan kepada rakyat, apakah peratus markah untuk mendapat A bagi UPSR untuk tahun ini dan apakah markah lulus untuk UPSR tahun 2008 ini. Dipersilakanlah umumkan secara kesuluruhannya. Itupun, jika anda semua berani,......

Rabu, November 12, 2008

MAT TAIB, HISHAM DAN SEKUFU DENGANNYA.

Hamba terkedu melihat berita akhbar, malah pening-pening migrain membaca berita seorang manusia yang tidak elok akhlaknya, sering bermain dengan rasuah serta suka menipu Sultan mengarahkan puak-puak assobiyah Melayu agar menghalang ahli-ahli jemaah Islam PAS dari 'merampas' masjid di Selangor.

Apa halnya cerita ni weiii? Kenapa? Ahli PAS ini bukan orang Islamkah yang tidak boleh 'menyelinap' masuk ke dalam jawatankuasa surau atau masjid di Selangor? Layak sangatkah dia itu untuk bercerita tentang Islam sedangkan agamanya sendiri pun beliau belum tegakkan di dalam dirinya? Hancur punahkah institusi masjid jika ahli PAS menyelinap masuk didalam jawatankuasa masjid?

Apa yang hamba nampak, puak assobiyah Melayulah yang merosakkan institusi masjid semenjak dua menjak mereka mentadbir negeri Selangor. Hancur lebur akhlak dan agama bangsa Melayu kerana kerja-kerja puak-puak ini. Bukan setakat hancur lebur, malah rosak membinasakan Islam didalam diri orang-orang Melayu. Suka sangat menipu.

Hamba berpendapat, adalah menjadi harapan kepada hamba bahawa biarlah Mat Taib ini memenangi jawatan nombor 2 bagi parti politik UMNO, agar musnah punahlah institusi politik assobiyah Melayu ini menuju kehancuran.

Apa? Ingat bagus sangatkah Melayu itu tanpa Islam? Ingat bangsa melayu itu adalah bangsa yang lebih baikkah daripada bangsa-bangsa lain. Allah tidak memasukkan manusia ke dalam syurga berdasarkan bangsa, tetapi melalui iman dan Islam. Melalui amal dan ibadah. Cukuplah wahai UMNO kamu hendak berbohong selama lebih 50 tahun kepada umat Melayu. Cukuplah.

Begitu juga dengan seorang manusia bernama Hisyamudin Hussein. Lagi seorang manusia yang entah apa dasar pemikirannya. Mengapa beliau takut sangat budak-budak darjah 1 dan 2 menonton video sajak kematian? Mengapa? Apa kesnya kesimpulan yang diberi oleh beliau untuk mengharamkan penayangan video itu sementara siasatan dilakukan? Takut budak-budak menjadi gerun? Memang itulah tujuannya video itu dibuat. Untuk menakutkan anak-anak daripada buat maksiat.

Sepatutnya puak-puak UMNOlah yang WAJIB menonton sajak kematian itu kerana dosa dan noda yang telah terlalu banyak lagi sebati dengan puak-puak UMNO ini. Wang rasuah menjadi darah daging puak-puak ini. Mengapa cerita hantu karut TV3 tidak pula mahu diharamkan tayangannya? Bukankah ini cerita khurafat yang akan merosakkan anak-anak yang menontonnya?

Tahap benci hamba kepada mereka-mereka yang jahil Islam tetapi hendak memandai-mandai mendidik rakyat kepada Islam tiruan mereka adalah ditahap yang amat tinggi ketika ini. Ini kerana hamba mengenangkan anak bangsa hamba yang terus lalai dengan kemaksiatan, baik di bandar, subbandar, luar bandar dan kawasan kampung pedalaman.

Cuba bayangkan sekarang, kita disuruh anak berkurang-ajar dengan orang lain kerana takut diculik oleh penculik kanak-kanak. Kita diajar supaya mengurung anak-anak kita di dalam rumah walaupun untuk bermain di tempat permainan di depan rumah. Kita diajar untuk tidak mengambil rasuah tetapi mereka yang mengajar itu pula menerima rasuah dengan jutaan RM. Apa punya cerita ni weiiiii????

Khamis, November 06, 2008

AMERIKA AKAN JATUH, ISRAEL AKAN NAIK.

Apalah pulanya ni ada yang memandai-mandai mengatakan Presiden Amerika laknatullah yang baru sekarang ini Black African American? Dia ini budak kacukanlah. Kacuk hitam dan putih. Keluarnya kelabu asaplah.

Masa kempen, suka sangat dia sokong zionis dan negara haram jadah Israel. Siap lekeh-lekeh lagi rakyat Palestin. Inilah dia ahli politik Amerika, disebabkan hendak kuasa, mereka yang nyata lagi jelas syaitan pun mahu dibodeknya. Hendakkan sokongan pelobi Yahudilah itu.

Hamba rasa, kuasa dunia sekarang akan beralih ke Israel. Amerika akan punah lanah dengan kemelesetan ekonomi dan segala gaduh-gaduh dalaman nanti akibat cerita sebenar askar Amerika kantoi di Iraq dan Afghanistan disebar luaskan. Tidak lama lagi, mungkin kuasa ekonomi berpindah milik dengan jelas oleh negara haram Israel.

Mana tidaknya. Sistem ekonomi dunia sekarang ini pun, dicipta dan digundah-gulana oleh zionis yahudi laknatullah. Satu dunia ikut sistem puak kafir ini. Musuh utama kuasa dunia ini nanti semestinya adalah jemaah-jemaah Islam. Diulangi, musuh-musuh utama kuasa dunia ini nanti adalah jemaah-jemaah Islam, bukannya para munafiq dan fasiq, kerana puak munafiq dan fasiq yang sedang memerintah umat Islam sekarang ini adalah boneka mainan mereka.

Jadi, apa yang umat Islam hendak lakukan? Duduk sahaja depan TV tengok Astro? Fikir-fikirkanlah,......

Selasa, November 04, 2008

ADIK HAMBA KONVO.

2nd upper. Pergh,.... bangga hamba adik hamba dapat degree hons pengurusan industri 3 pointer ke atas. Mengalahkan abang-abangnya yang hanya mampu 2nd lower je. Tapi, engineering le.

Walaupun begitu, adik hamba masih tidak bekerja a.k.a menganggur lagi. Oleh itu, sesiapa yang terbaca blog hamba yang tidak seberapa ini, bantu-bantulah hamba, tengok-tengokkan kerja yang bebagus sikit untuk adik hamba ni. Risau dibuatnya nganggur hendak masuk 8 bulan dah ni.

Mungkin sebab sijil degree adik hamba tidak dapat lagi ke? Mana taknya, baru ahad lepas adik hamba konvo. Di Batang Berjuntai, Unisel. Seronok dapat jumpa Tan Seri Khalid, dan tidak berapa berkenan jumpa Rosmah. Bawah ini, adalah sedikit gambar-gambar konvo adik hamba.

(Dukung anak saudara dia (Anak hamba le) sambil tunggu untuk mendaftar masuk)

(Sudah daftar, kena beratur lagi untuk masuk dewan. Lepas masuk dewan, tiada gambar, sebab hamba tidak boleh masuk,.....)

(Gambar anak sulong hamba belakang kereta siapa ni? Hendak tahu jawapan ke? Kereta Rosmah la,....)

(Isteri hamba dengan anak kedua hamba sedang menunggu diluar dewan bawah khemah. Muka macam ngantuk je anak hamba tu,.....)
(Ibu hamba baru lepas makan dengan anak bongsu ibu selepas habis majlis konvokesyen. Siap bungkus lagi untuk anak, eh silap, untuk cucunya makan. Kesian hamba,....)

(Seronoknya. Adik hamba sudah ada degree. Hendak tahu siapa yang tiada dalam gambar ini selain mereka2 yang berada di Bahrain? Gambar hamba le, si tukang snap gambar,... hu,.. hu...)

(Gambar dengan penuh bunga)

(Dalam gambar ini ada cerita tersirat. Ianya ada kaitan dengan anak hamba yang kedua itu,.. he, he,...)

(Akhirnya, ada juga manusia yang sudi mengambil gambar hamba bersama satu family kurang along sekeluarga. Cuba lihat sebelah kanan gambar, jejaka segak sambil menyeluk saku itu adalah ayah hamba)

(Budak lelaki sebelah itu adalah seorang manusia yang berangan hendak dapat degree. Namun sehingga kini masih menemui jalan buntu kerana angan2 itu telah menjadi kenyataan 8 tahun dahulu)

(Ini pula adalah gambar abang kepada muslimat yang baru dapat degree itu. Oleh kerana terlalu hensem, si pemetik kamera untuk gambar ini adalah seorang perempuan. Mungkin tergoda dengan muka baik jejaka ini,... he, he,...:))