Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, Oktober 26, 2008

ANGKA 5 YANG PELIK

Tajuk artikel ini semacam je. Macam main-main tikam ekor. Tetapi, jangan salah sangka. Angka 5 yang dimaksudkan adalah satu kejadian tragis yang telah melanda negara ku Malaysia yang masih dijajah oleh para kapitalis yang hanya pentingkan untung wang ringgit.

Ada sesiapa tahu atau pernah dengar cerita satu syarikat yang bernama valuecap? Kalau ada baguslah, kerajaan hendak beri RM5 bilion pada dia untuk 'support' BSKL dari terus merudum. Dan hamba rasa semua tahu, dari mana duit 5 bilion itu hendak dicekau. Duit dari EPF le.....

Selang seminggu, keluar pula cerita kemungkinan 50,000 pekerja bukan tetap kerajaan akan kena 'bersara' wajib. Sebabnya, kononnya kerajaan tiada duit hendak bayar gaji. Miskinnya kerajaan. Patutnya sudah perlu ditukar kepada kerajaan baru.

Hah! Kan ke hamba sudah kata, angka 5 yang pelik. 5 bilion dan 5 puluh ribu, kedua-duanya menyusahkan rakyat, menyenangkan orang kaya. Apa pasal duit RM 5 bilion itu tidak diberikan sahaja kepada 50,000 pekerja bukan tetap kerajaan itu. Ngarut lah cerita ini. Baik hamba tidur, lagi bagus,............:(

Selasa, Oktober 07, 2008

SALAM HARI RAYA. - CERITA DI KAMPUNG TOK TUA 2.

Salam hari raya. Walau raya sebenarnya sudah berakhir lama dah, namun disebabkan hamba Melayu, maka suka jugalah hamba hendak beraya hingga sebulan Syawal. Bukannya apa, sukanya rasa hamba hendak menziarahi sanak saudara hamba yang kadang-kadang, lama hamba tidak bertemu.

Cerita hari ini, hamba hendak menurunkan sebanyak mungkin gambar yang sempat hamba 'snap' semasa akhiran Ramadhan dan permulaan Syawal dahulu. Hamba malas lagi menyampah hendak bercerita tentang Pak Lah dan Najib yg tukar-tukar jawatan PM TPM ikut suka hati mak bapak mereka. Menyampah! Ptuih!

Mulanya gambar di bawah ini. Ini adalah gambar pada bulan puasa di siang hari yang menunjukkan, bahawasanya, anak hamba dengan suka lagi gembiranya, tidak berpuasa. Kak Long yang bersahaja menghisap botol dan adiknya dengan gaya rambut 'punk'.


(Hello para bloggers, cantik tak rambutku ni. Bukanku nak sebenarnya, tetapi apakan daya, ayahku telah meng'adjust'kan rambutku sebegini rupa,....)

Atas ini pula adalah gambar budak comel yang sedang dalam keadaan yang cukup berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh kakitangan firefly semasa penerbangan untuk ke rumah tokkinya di batu enam.

Manakala untuk gambar di atas ini pula, adalah satu gambar yang menunjukkan kegembiraan yang amat nyata lagi bersuluh kepada lebih-lebih lagi ummi kepada budak comel dua orang itu. Apakan daya, gembira sungguh dapat balik kampung batu enam beraya dengan ayah tersayang. Yahoo!.....

Setelah tiba ke rumah tokkinya, kak long telah bertemu dengan 2 jejaka tampan. Tengoklah betapa cunnya anak hamba sehingga dingurat oleh 2 jejaka tampan sehingga begini rupanya,... ish,.. ish,....

Ini adalah gambar pada hari raya yang pertama. Perlu diperjelaskan. Ini adalah kali kedua didalam seumur hidup Nur Jannah beliau memakai baju kurung selepas memakainya pada hari raya yang lepas. Cuma bajunya sahaja yang berbeza. (baju baru le.....)

Gambar ini juga diambil pada hari raya pertama. Anak no.2 hamba dengan umminya dengan baju raya hari raya pertama. Perlu diperjelaskan, anak no.2 hamba yang diberi nama Nurul Iman baru habis meminum susu botol, sebab itulah posisinya adalah ke arah bertentangan menuju ke arah umminya. (Dah kenyang le katakan......)


Inilah sebenarnya tujuan utama mengapa hamba pergi beraya ke batu enam tahun ini. Semata-mata hendak melihat wajah tok tua hamba. Seronok melihat toktua hamba dapat berjumpa cucunya yang ke 47 dan ke 50 berada didepannya.
Eh? Dapat duit raya ke? Ummi Jannah melihat dengan penuh kemusykilan dari mana Jannah mendapat duit raya. Manakala adiknya Iman sedang sibuk memerhatikan gelagat seorang manusia yang asyik memegang kamera ke arahnya. Musykil, musykil. Namun tokki mereka yang sedang duduk di kerusi kegemarannya tetap gembira.

Minum pulok! Itulah gerangan anak hamba, suka sangat minum susu Isomilnya.

Setelah penat lelah mengumpul dana, maka anak hamba Nurul Iman terpaksa berehat sebentar di kamar tidurnya untuk memastikan tenaga mencukupi agar dana terkumpul dapat mengikut 'target' ayahnya,.... he, he,.....

Gambar di atas diambil dengan keizinan. Mereka semua ini masih 'single'. Sesiapa yang inginkan kepastian terhadap biodata mereka, maka anda semua perlu mengisi borang jemaah PAS dahulu, he, he, he,...... (Salah seorang daripada mereka adalah anak bakal ahli Parlimen Malaysia, insyaAllah).

Ipar-Biras hamba. Orangnya dua, tetapi gelasnya 5.

Mungkin inilah jawapan mengapa gelasnya ada 5....... (je?)

Akhir sekali (walau sebenarnya berlambak lagi gambar), maka tidur jugalah puak-puak batu enam ini di depan TV untuk merehatkan minda dan tenaga agar di esok hari puak-puak ini dapat menjayakan rancangan mereka yang telah dirancangkan oleh puak-puak ini semasa muktamar dahulu untuk menggempur ke rumah saudara mara masing-masing hanya semata-mata untuk mengumpul dana duit raya.

Mungkin setakat ini sahaja untuk hari ini, hamba dah ngantuk pula rasanya. Gambar rumah ibu dan ayah hamba tidak pula dimasukkan lagi ke dalam blog ini. Marahle pula adik perempuan hamba gamaknya,....... :)

Isnin, Oktober 06, 2008

SALAM HARI RAYA. - CERITA DI KAMPUNG TOK TUA.

Salam aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin.

Seminggu bercuti, maka seminggu itu jugalah hamba tidak melayar laman alam maya. Sibuk beraya di Terengganu dan kemudian ke Melaka dan kemudian ke K.L dan kemudian ke Selangor.

Tahun ini adalah tahun hamba membayar zakat fitrah untuk 4 manusia, termasuk hamba. Teringat lagi sewaktu dahulu, mula-mula, tidak bayar langsung, ayah tanggung, kemudian untuk diri sendiri, kemudian 2 orang, kemudian 3 orang dan tahun ini, 4 orang. Alhamdulillah.

Isnin lepas, bersamaan dengan 29 Ramadhan, hamba, isteri dan 2 anak hamba telah balik ke Terengganu menaiki kapal terbang firefly. Kapal jenis baru. Cukup selesa. Hari Jumaat petang, 26 Ramadhan, hamba dan keluarga telah ke K.L untuk ke rumah ibu dan ayah hamba selama 3 hari sebelum ke rumah tok tua hamba. Maklumlah, tahun ini giliran kampung isteri hamba, sebelum ke Terengganu, mestilah menjenguk ibu dan ayah kandung hamba dahulu.

Di Terengganu, tahun ini, anak-anak tok tua hamba yang tinggal di perantauan semuanya balik ke Batu Enam. Bermaksud, dapatlah hamba berjumpa dengan biras hamba yang agak popular pada rakyat biasa-biasa macam hamba yang IQnya rendah. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat nombor salasa dalam ranking.

Ingat hamba, biras hambalah yang akan baca khutbah Hari Raya tahun ini, rupa-rupanya tidak, ada masjid lain telah 'booking' lebih awal. Masjid At-Taqwa Batu Enam lambat menelefon biras hamba untuk di'booking'kan membaca khutbah raya. Walaubagaimanapun, khutbah raya di sejik ustaz awang tetap power lagi excelent yang dibawa oleh tidak salah hamba, diberitahu oleh tok tua hamba, yang menjadi khatib solat raya itu adalah menantu ustaz Awang.

Seperti biasa, di rumah tok tua hamba, akan berlakulah cakap-bercakap diantara biras-biras dan abang-abang ipar tentang apa-apa yang terlintas di hati. Kebanyakan berlaku di ruang tamu. Rumah tok tua hamba, dapur adalah kawasan larangan untuk kaum lelaki memasukinya kerana disitu adalah zon membuka aurat bagi muslimat. Alhamdulillah, keluarga disini cukup menekankan aurat diantara ipar duai yang sering kali tidak dilakukan oleh keluarga hamba di sebelah Melaka. Cumanya, mahzab telah diturunkan sedikit kepada mazhab Hanafi gamaknya kerana stokin tidak dipakai oleh muslimat di dalam rumah.

Apa yang hamba hendak terangkan disini ialah dalam banyak-banyak perkara-perkara yang dicakap-cakapkan oleh kami biras-ipar-duai, hanya ada satu ketika hamba telah mengaju beberapa soalan cepu emas tentang politik jemaah Islam PAS kepada biras hamba yang menjadi AJK PAS Pusat itu.

Hamba bertanya, "apa cerita dengan PAS? Ada 2 kelompok nampak?". Jawab biras, "biasalah tu, hanya beza pandangan. Takda apa yang perlu dirisaukan."

Tanya hamba lagi, "Mustaffa dengan Tok guru apa cerita?", jawab biras hamba lebih kurang, "Takda apalah, cuma miss under standing sahaja antara tok guru dengan Mustaffa Ali. Setelah pertemuan, semuanya telah jelas."

Tanya hamba lagi, "Husam apa cerita?". Jawab biras hamba lebih kurang. "Dia jenis orang hendak perubahan yang drastik." sambil tersenyum biras hamba menjawabnya.

Tetapi, yang lebih penting, apa yang telah diungkap oleh biras hamba kepada hamba, iaitu lebih kurang begini. "Apa guna kita berjuang atau kita memerintah jika Islam itu tidak dibawakan bersama." Maksud biras hamba itu hamba faham dan komfem faham. Islam adalah matlamat utama. Jika bukan, baik masuk UMNO atau PKR je,.....