Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Ogos 28, 2008

HARAM TETAP HARAM WAHAI MANUSIA.

Akal adalah satu anugerah Allah kepada setiap manusia. Tanpa akal, maka manusia akan menjadi seperti haiwan. Manusia dapat membina tamadun kerana wujudnya akal di dalam kepala manusia. Namun, jika manusia hanya semata-mata hidup berlandaskan kepada akal, maka taraf manusia itu akan menjadi lebih teruk daripada haiwan.

Allah telah menjadikan kebanyakan manusia, apabila peristiwa kehidupan yang dilaluinya itu adalah berulang-ulang, maka manusia itu akan menjadikan peristiwa hidup yang berulang-ulang itu menjadi kebiasaan baginya.

Misal contoh, Ahmad sentiasa menghantar dan membawa pulang anaknya dari sekolah melalui jalan pintas setiap hari dari Isnin ke Jumaat selama anaknya dari darjah satu sehingga anaknya sekarang darjah tiga, maka akal Ahmad akan menjadi terbiasa dengan jalan pintas itu. Sehinggakan jika Ahmad menutup matanya pun, beliau mampu untuk membawa anaknya ke sekolah dan juga sehinggakan, akibat kebiasaannya Ahmad melalui jalan itu, maka akalnya akan sedaya upaya memberitahu kepada Ahmad agar tidak memerlukan lampu isyarat ketika membelok.

Contoh kedua, Ramli masih hidup membujang, masih solo dan tiada kenalan untuk dijadikan bakal isteri. Maka Ramli pun berusaha mencari pasangan hidup. Tidak berapa lama kemudian Ramli berjumpa dengan seorang wanita yang disukainya. Untuk mengenali lebih mendalam wanita itu, maka Ramli, walaupun beliau tahu ber'dating' dengan wanita adalah jelas haram dari segi hukum Islam, namun beliau rasa tiada apa-apa kesalahan kerana akalnya telah terbiasa melihat rakan-rakanya ber'dating' dengan makwe-makwe masing-masing semenjak dari sekolah menengah, di universiti sehingga beliau sudah bekerja.

Maka Ramli pun sentiasalah tiap-tiap hari ber'dating' dengan 'makwe'nya selama setahun untuk dijadikan bakal isteri walaupun ianya berdosa namun telah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang menganggap ianya perkara biasa dan tiada dosa. Ke hulu ke hilir, dari taman bunga ke panggung wayang sehingga ke air terjun bersama-sama untuk kononnya mengenali wanita yang disukainya untuk dijadikan bakal isteri. Masyarakat melihatnya, tetapi malangnya tiada siapa yang menegur dan menghalang, malah jika ada kelompok yang berani menegur, maka kelompok itu dilihat oleh masyarakat seperti kelompok yang sungguh asing.

Begitulah juga amalan masyarakat Malaysia yang suka sangat membuat konsert nyanyi-nyanyian. Kerana ianya telah diantarabangsakan, telah dijadikan satu profession untuk mendapat keuntungan kewangan, telah dijadikan satu kebiasaan budaya kepada masyarakat untuk berhibur, telah dibiasakan adanya konsert semenjak tahun 70-an, telah dijadikan satu upacara untuk menarik pelancong, maka perkara yang jelas haram, jelas berdosa telah dijadikan satu perkara yang biasa sehingga ke tahap mencipta satu dinding untuk mengaburkan masyarakat dari dapat melihat tahap dosanya anjuran konsert itu.

Pelik tetapi benar, inilah ungkapan yang boleh disebutkan kepada masyarakat Malaysia sekarang yang sudah dibutakan hati imannya, yang terlalu taksub dengan suka akan budaya hedodisme, budaya suka-suka, yang sudah hilang pertimbangan agamanya terhadap cara jalan kehidupan dan yang paling malang, sudah membudaya intelekkan perkara-perkara maksiat.

Inilah yang terjadi sekarang, ramai masyarakat, yang sedihnya masyarakat yang dilahirkan Islam seperti memandang enteng terhadap satu kelompok jemaah yang membantah terhadap konsert Avril Lavigne. Malah ada yang mengecop kelompok jemaah yang membantah ini sebagai ekstrimis agama, berfikiran kolot dan yang paling malang, mereka mengecop jemaah ini adalah jemaah yang boleh menjatuhkan ekonomi negara dan industri hiburan. Perkara yang pelik lagi rosak ini telah menjadi 'kebiasaan' di Malaysia.

Oleh itu, apakah yang akan dilakukan oleh kita sebagai umat Islam? Adakah kita akan hidup seperti biasa, membiarkan akal kita menguasai cara kehidupan kita tanpa kawalan iman dan Islam. Jadikanlah peluang untuk menukar kerajaan baru ini adalah satu titik tolak untuk menjulang Islam mentadbir negara Malaysia agar negara kecil ini mendapat redho Allah SWT. Jika tidak, sia-sialah perjuangan kita ini.

Rabu, Ogos 27, 2008

ALHAMDULILLAH, MENANG JUGA ANWAR.

Pinggang hamba masih sakit. Sudah 2 hari MC. Semalam menunggu keputusan di dalam rumah sahaja. Hendak berjalan pun tidak boleh. Terpaksa merangkak. Di rumah tiada talian 'internet'. Terpaksalah mengharapkan sms Adil dan rakan-rakan PKR yang berada di permatang pauh untuk mendapat berita terkini.

Terus terang hamba kata, perasaan takut tiada ketika menunggu keputusan PRK ini. Rasa yakin betul untuk Anwar menang terlalu tebal. Bukan 'over confident', tetapi mustahil yang amat untuk Anwar kalah di permatang pauh, sungguh.

Abang hamba tidak putus-putus sms dari Bahrain, tanya cerita PRK. Jenuh juga menjawabnya. Lepas dapat keputusan rasmi, terus senyap. Kira abang hamba dah bertenanglah tu. Abang hamba, yang kuat reformasi, tetapi mempunyai keahlian UMNO, PAS dan KeAdilan. Tiga-tiga ada. Cuma DAP kami adik-beradik cukup benci. Bukan benci pada orangnya, tetapi benci pada ideologi mereka yang bermusuh kepada negara Islam serupa sama dengan BN. Namun, ketika mengundi di Segambut semasa PRU 10 dan 11 dulu, tetap pangkah DAP atas arahan dari pucuk pimpinan PAS.

Hamba sebenarnya cukup gembira semalam kerana pendapat peribadi hamba telah salah. Hamba berpendapat, Anwar akan menang dengan majoriti yang lebih sedikit dari isterinya kerana penipuan yang melampau BN, tetapi Anwar tetap menang dengan lebih tinggi majoriti walau BN cuba menipu semaksima yang mungkin.

Dari 65% kepada 81% keluar mengundi. Peningkatan 16% atau lebih kurang 8,000 pengundi. Itu yang hamba perasan akan anggaran awal keluar mengundi oleh SPR sendiri, daripada keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR juga. Pelik tetapi benar.



(Anak kecil dikurung di dalam rumah untuk keselamatan, tetapi Islam haram dikurungkan. Harap Islam dimartabatkan jika PR memerintah Malaysia. Jangan PR masih mengurung Islam seperti BN memenjarakan Islam selama lebih 50 tahun.)

Namun, itu semua cerita lama. Diharap, saudara Anwar akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang agar Islam dapat memimpin negara ini agar Malaysia menjadi negara yang diredhoi oleh Allah SWT. Aman maju negara dengan redho Allah, insyaAllah.

Isnin, Ogos 25, 2008

HAMBA KEMBALI DARI BERCUTI.

Pada ketika ini, hamba sedang dalam keadaan sakit pinggang akibat kerap mendukung anak hamba yang dalam keadaan demam dan selesema. Kedua-dua anak hamba dalam keadaan demam dan selesema apabila baru kembali dari kampung isteri hamba, batu enam.

Seminggu sudah hamba rasa hamba telah 'mengabaikan' blog hamba. Baik blog peribadi hamba dan juga blog pemuda rasa, sudah lama ianya tidak diupdate.

Hamba ke Terengganu tidak membawa lap-top, sebab itu hamba tidak meng'update' blog hamba. Maklumlah, hamba pergi ke sana naik firefly. Kapalterbang murah. Pergi balik 4 orang, 2 dewasa dan 2 'infant' RM407.00 sahaja. Jika balik ke batu enam dengan kereta hamba, atas jalan sahaja sudah lebur RM500.00. Sudahlah mahal, letih memandu 5-6 jam pula, baik naik firefly. Dari subang terus ke Kuala Terengganu, tidak perlu ke KLIA. Dalam 'flight' tidak sampai pun 1 jam, 45 minit sahaja.

Di batu enam, jam 8 pagi, akan datang seorang penjual sarapan atas motor kami gelarnya pok mat. Jualan yang dijualnya murah-murah dan sedap-sedap belaka. Jualan sarapan dijual atas motor. Hamba lupa hendak mengeluarkan kamera hamba apabila menuju ke motor pok mat untuk belian sarapan pagi. Jika ingat, boleh juga hamba snap satu gambar untuk dipampang di blog ini. Lupa sokmo hamba.

'Assalammualaikum', hamba memberi salam kepada pok mat. 'Wa'alaikummussalam warah matullah. Bila balik?' jawab pok mat dan terus bertanya. Hamba jawab, 'semalam'. Pok mat mencelah,'eh, lain ke sana, mu pulok ke sini?'.

Hebat-hebat. Memang pok mat ini penyokong tegar PAS. Ke mana-mana ada PRK, di situ ada pok mat. Katanya, hari Jumaat beliau telah ke sana dan baru pulang hari Rabu. Rupa-rupanya, hamba dan pok mat sampai ke Batu enam pada hari yang sama. Cuma beza, hamba baru memulakan musafir, manakala pok mat baru menghabiskan musafirnya.

'Satu van ke sana,' pok mat mengkhabarkan tanpa ditanya. Hebat lagi istiqomah dalam perjuangan. Eh, lupa pula, yang dimaksudkan ke sana itu adalah permatang pauh. Pok mat dan rakan-rakan dari batu enam ke permatang pauh untuk memenangkan saudara Anwar Ibrahim.

Kemudian hamba teringat, hamba ada terbaca di dalam laman marhaen, seorang menggelar dirinya tulang besi yang suka buat fitnah kepada PAS terutama PAS Terengganu dan sebelum itu buat kerja mengarut sms yang bukan-bukan pada reformis puan nora. Ceritanya PAS Terengganu adalah 'master mind' agar PAS masuk BN. Di sini hamba ingin menjawabnya, 'HA, HA, HA, HA, HA....' Apalah bengong kawan kita tu. Bengong do'oh lallu.

Jika ada budak Manir, dah lama kena pukulan parah tanpa belas kasihan. Ustaz Harun pun hendak difitnahnya. Tah apa-apa tah lah.

Eloklah pok mat itu boleh dikategorikan tidak 100% melihat blog tiap-tiap hari, jika tidak, hamba rasa makian yang sungguh pedas akan dilemparkan kepada tulang besi. Kesian, kesian, ada juga orang gini rupa diri. Harap beliau bertaubat.

(Rumah di depan itu adalah bilik gerakan PAS untuk UPU Bukit Rasa. Yang bertanding adalah PKR, baik DUN dan Parlimen. Yang buat kerja PAS. Oleh itu, janganlah tuduh PAS hendak keluar PR. Tak baik tu. Tengok bendera yang dikibar oleh kami, siap diselit dengan bendera PKR lagi sehingga ke hari ini.)


Walauapapun, hamba rasa terkilan juga, kerana, hamba yang duduk 'dekat' dengan permatang pauh tidak pergi berbanding dengan jauhnya batu enam ke permatang pauh pun pok mat boleh pergi, membuat hamba rasa betul-betul kecil sekecil-kecil manusia yang tidak mengerti erti pengorbanan. Hebat sungguh puak-puak batu enam ini, tegarnya sokongan kepada PAS melampaui tegarnya sokongan hamba kepada PAS.

Hamba harap, saudara Anwar Ibrahim akan menang di dalam PRK ini. Dan untuk pengetahuan sesiapa sahaja yang termelayar blog hamba ini, hamba berpendapat, yakni pendapat peribadi hamba adalah Anwar akan menang dengan majoriti kurang dari majoriti diperolehi isterinya. Bukan disebabkan sokongan kepada Anwar berkurangan, tetapi disebabkan penipuan yang melampau yang akan dibuat oleh BN. Wallahualam.

Isnin, Ogos 18, 2008

HAMBA LARI DARI JEMAAH KE?

(Nurul Iman, muslimat yang comel dan ligat)

(Nur Jannah, muslimat yang cute dan ketua ligat kepada adiknya)

"Pergi tak esok? Haji dah ajak semalam pergi ke Permatang Pauh? Mu dok gi ke?" tanya kawan hamba kepada hamba pada hari Jumaat lepas. Hamba menjawab, " Malas la pegi, buat apa pegi, bukannya hamba yang bertanding." jawab hamba berseloroh. Sebenarnya, jawapan hamba yang tersirat ialah, maaflah, duit tidak kecapaian untuk pergi, jika ada 'sponsor', boleh gak,... he, he.

Ini perkara serius, bulan ini, hamba memang kesempitan. Maklumlah, duit disimpan kerana hendak balik batu enam, cuti sekolah le katakan. Jika ke permatang pauh, maksudnya, susu-susu dan 'pampers' anak siapa hendak membayarnya?

Cadangan asal hendak ke Ipoh sabtu lepas, juga tidak kecapaian kewangannya, kemudian rakan-rakan mengajak ke Permatang Pauh, lagilah tidak kecapaian kewangannya. Akhirnya balik kampung di KL, rumah ibu hamba.

Fikir-fikir balik, mungkin ini ujian Allah pada hamba. Sibuk urusan keluarga, perihal jemaah dilupakan. Aduih, harap tidaklah sehingga ke tahap itu. Meeting pemuda kawasan pun sudah tidak pergi. Bukan alasan malas, tetapi sibuk mengurus hal anak-anak. Anak hamba ada dua, yang sulong umur 1 tahun 8 bulan, yang kedua umur 9 bulan. Dua-dua kecil, masih 'infant' atau bayi dalam sebutan melayunya.

Kesian hamba melihat isteri hamba mengurus seorang-seorang anak yang kedua-duanya yang amat aktif itu walau kedua-duanya muslimat. Tidak sanggup melihat isteri bertungkus lumus menidurkan kedua-dua anaknya pada malam hari seorang-orang kerana tahap susahnya menidurkan mereka berdua, hanya hamba dan isteri hamba sahaja yang tahu. Sudahlah isteri hamba mengajar sesi petang, balik rumah jam 7.15 malam, terus kena uruskan hal anak-anak.

Hamba rasa, hamba perlu tumpukan sedikit masa lagi kepada anak-anak sehingga yang sulong telah mencapai umur 2 tahun dan yang kedua sudah reti berjalan. Barulah bernafas sedikit untuk menguruskan mereka.

Oleh itu, pada ketika ini, apa-apa berkaitan perjumpaan atau 'meeting' pemuda kawasan, maka hamba ada uzur syarie rasanya untuk hadir. Hamba memohon maaf yang amat kepada rakan-rakan jemaah kerana tidak dapat menjalankan tugas ketika ini. Maafkan hamba,.....

Rabu, Ogos 13, 2008

PERGI KENDURI AKHIRNYA SISWA-SISWI UiTM.

Baju hitam belaka. Itulah apa yang hamba perasan apabila melihat adik-adik mahasiawa UiTM berdemo di depan bangunan SUK Selangor di Shah Alam. Baju 'sponsor' ke? Mungkin tidak, kerana bajunya tidak serupa antara satu sama lain. Seperti baju Hell's Engine le, semuanya hitam belaka.

Hamba berasa terkejut dan sedikit gembira melihat para mahasiswa dengan 'berani' berdemo membantah sesuatu apa yang tidak dipersetujuinya. Adalah juga kepimpinan pelajar yang boleh ke depan untuk menyatakan pandangan walaupun adanya akta AUKU.

Hamba penyokong tegar PAS, dan penyokong kuat kepada Pakatan Rakyat. Oleh itu, jika kita sebagai ahli kepada PR, maka tidak masuk akal jika kita melatah dengan gelagat para mahasiswa berdemo dan menjerit-jerit di tengah-tengah jalanraya kerana inilah impian PR, ingin melihat mahasiswa yang pro-aktif di dalam perkara-perkara berkaitan masyarakat, politik dan isu-isu diluar dari tembok menara gading.

Hamba berharap agar para mahasiswa, bermula dari titik permulaan ini, akan lebih berani, kritis dan pro-aktif untuk ke depan menyatakan pendapat atau bantahan untuk kebaikan masyarakat, negara dan Islam. Jangan hanya kerana telah mendapat lampu hijau dari pihak pentadbir Universiti, barulah berani keluar berdemo, tetapi jika isu yang hendak dikedepankan tidak mendapat restu dari pihak pentadbir Universiti, semua siswa-siswi menikus.

Teruskan berdemo, atau teruskan 'pergi kenduri', kerana ianya akan menyihatkan minda dan menanamkan sifat berani. Cuma apa yang kurang di dalam demo bantahan oleh pihak mahasiswa UiTM semalam, tidak diserikan dengan polis FRU, air asid, gas pemedih mata dan cotar pukulan dari FRU kepada tubuh badan kita.

Tiadanya peristiwa polis FRU mengejar mahasiswa sehingga masuk ke dalam masjid seperti demo bantahan kedatangan pasukan kriket Israel dahulu melihatkan sedikit kemurungan pada demo mahasiswa semalam. Murung ketahap tidak ceria dan membosankan. Namun, walauapapun, tahniah kepada mahasiswa yang pergi kenduri beramai-ramai semalam.

Selasa, Ogos 12, 2008

UiTM UNTUK SEMUA?

Hamba tidak biasa menyebut UiTM, kerana semasa hamba belajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dahulu, ianya dipanggil ITM. Hamba juga sudah terbiasa dangan warna hijau dan kuning dan tidak biasa dengan warna ungu pada lambang institut. Bebudak enjin dah tidak melepak di menara ke mengurat adik-adik SS? Mungkin tidak kerana kesemua fakulti kejuruteraan telah pindah ke menara berkembarnya.

(lambang ini adalah lambang UiTM, bukan ITM ye)

Hell's engine, wujud lagikah pertubuhan haram ini di ITM, eh silap, UiTM. Hal Ehwal Laki-laki Sahaja. Itulah singkatan pada ayat Hell's itu, bukan neraka ye, jangan salah faham. Budak-budak ADASI ada lagi ke? Atau ADASI telah dihapuskan oleh para-para pengajar neo-sekular. Amalan Didikan Asas Islam jika tidak salah hamba maksud penuh ADASI ini.

Ingat lagi, semasa minggu orientasi, hari terakhir akan ada satu ujian tentang Islam untuk pelajar-pelajar Islam. Ujiannya senang, baca doa Qunut. Siapa tidak lepas, wajib mengambil subjek ko-kurikulum ADASI satu semester, kalau lulus, ambillah subjek ko-kurikulum yang lain-lain. 1 kredit sahaja. ITM waktu itu mewajibkan 3 semerter berturut-turut mengambil subjek ko-kurikulum. Sekarang hamba tak tahu.

Maka hamba pun buat-buatlah tak tahu baca doa qunut, dapatlah hamba masuk ADASI. OK juga belajar asas-asas agama kembali, banyak yang sudah lupa.

Lagi satu, subjek agama Islam, hamba sudah lupa apa yang dipanggilnya, juga wajib untuk diambil sehingga 4 semester. Ramai jugalah ustaz-ustaz dari jemaah PAS yang mengajar kami ketika itu. Begitu juga ADASI, kader-kader Pemuda banyak yang telah dibentuk disini. Tetapi sekarang, setelah menjadi UiTM, hamba sudah tidak tahu ada atau tidak ada subjek ini. Rasa macam telah diharamkan.

Tiba-tiba, adalah seorang muslimat PAS yang telah menjadi EXCO mencadang agar UiTM dibuka untuk semua. Maksud semua ialah buka kepada manusia-manusia bukan Melayu, bukan Iban, bukan Kadazan dan bukan Bajau. Menarik juga.

Tetapi alangkah eloknya, muslimat PAS yang telah menjadi EXCO ini mencadangkan agar ADASI ini diwujudkan atau diperkukuhkan lagi di UiTM ini. Pelajaran-pelajaran agama dikuatkan dan diperkukuh serta dimantapkan di institut, eh silap, di universiti UiTM ini. Waktu dahulu, Iban dan Kadazan bukan Islam juga wajib mengambil subjek Tamadun Islam 4 semester. Kira dakwah le tu. Sepatutnya, perkara inilah yang perlu diketengahkan. Mantapkan pendidikan Islam pada semua fakulti di UiTM. Kan ke cantik.

Isnin, Ogos 11, 2008

YB Zul kena tangkap? Mengapa?

(YB Zulkifli Noordin yang amat istiqomah menentang peguam-peguam yang cukup kurang ajar dengan Islam)


Dengar cerita, YB Zulkifli Noordin kena tangkap, betul ke? Harap tidak betul. Sehingga jam 6.17 ptg, 11 Ogos, masih hamba tidak dapat berita terkini tentang YB Zul. Ke manakah beliau?


Mustahil YB di'ISA'kan. Atas kesalahan apa yang dilakukan YB? Takkan Majlis Peguam cap ayam punya hal, beliau pula ditahan. Atau ianya ada kaitan beliau menyebut berkenaan dengan pemilihan bulan Oktober ini? Ya, mungkin juga. Beliau secara lantang hendak mengubah para-para pemerintah di dalam Majlis Peguam yang cap ayam itu. Mungkin juga. Musykil, musykil,......


Apa-apa pun, diharap YB Zul di dalam keadaan sihat dan aman walau di mana beliau berada. InsyaAllah.

Jumaat, Ogos 08, 2008

ANWAR HENDAK BERMUQABALAH?

Lepas solat Jumaat, hamba membuka KLpos, akhbar internet yang mengaku suara kepada umat melayu. Sebuah tajuk "Anwar tidak berganjak untuk bela Melayu" membuat hamba terfikir tujuh lapan kali apabila membacanya. Salah satu perenggan ada disebut di dalam tajuk itu berbunyi seperti di bawah;

"Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah bermusuh atau membenci Umno tetapi akan sentiasa mahu mendekati Umno dengan mengajak para pemimpinnya berma'aruf untuk permuafakatan bangsa Melayu."

Sekali baca seperti Anwar mahu bermuqabalah dengan UMNO. Dua kali baca pula seperti Anwar mahu bermuzakarah dengan UMNO. Tiga kali baca seperti Anwar bersetuju untuk berbincang-bincang dengan UMNO untuk kebaikan orang Melayu. Jika dibaca berulang-ulang kali pula seperti Anwar pun bersetuju kepada sebahagian rakan PAS beliau yang ada sudah 3 kali ber'muzakarah' dengan kepimpinan UMNO untuk kebaikan Islam dan Melayu.

Menarik juga apa yang beliau ucapkan kepada orang ramai semasa ceramah perdana PKR bertajuk "Pembongkaran Konspirasi: Menjawab Tuduhan". Betullah apa yang beliau ungkapkan, kekuatan Melayu adalah bersatu padu.

Tetapi, mengapa mesti kita sebut Melayu, mengapa tidak disebut perjuangan Islam. Alangkah eloknya jika Islam itu lebih diutamakan daripada perkara yang memang haram iaitu semangat assabiyah, semangat kebangsaan. Melayu tidak ke mana tanpa Islam. Seperti Lina Joy. Beliau adalah melayu tetapi sudah kafir dan beliau sudah tiada apa-apa nilai pada Allah kerana kemurtadannya, tetapi beliau masih Melayu.

Lebih menarik lagi, mungkin ungkapan ayat keramat dari Anwar ini akan memahamkan manusia-manusia yang taksub anti kepada UMNO yang beranggapan sesiapa sahaja yang bercakap-cakap dengan puak UMNO, maka orang itu juga adalah musuh walau yang dibincangkan adalah untuk kebaikan Islam. Memang menarik.

Hamba memang telah lama membenci UMNO kerana musuh mereka terhadap Islam. Kerana UMNOlah bangsa bukan Melayu cukup meluat dengan Islam. Tetapi, hamba tidak mahu menjadi UMNO, hamba ingin menjadi pejuang menegakkan Islam. Berdendam dan membenci yang melampau bukan sifat pejuang Islam. Sumber pejuang adalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Bukan akal semata-mata.

“Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.” Al-Anfal, 61-62.

Takkan tidak faham-faham apabila membaca ayat dari Allah ini.

Khamis, Ogos 07, 2008

MACAM-MACAM ADA.

7 Sya'ban yang pelik. Macam-macam ada. Cerita kena dakwa ada. Cerita kena tangkap ada. Cerita kelam kabut pun ada. Apa kata hamba ulas satu per satu cerita-cerita yang pelik-pelik ini.

Satu : Cerita kena dakwa.
Insan yang dikenali ramai, telah didakwa di mahkamah kerana kononnya, telah melakukan seks luar tabie secara kaum luth. Maka penuhlah cerita-cerita di media dunia yang nyata dan dunia yang maya. Berbagai-bagai versi cerita telah dihidangkan untuk tatapan kita rakyat Malaysia untuk dipening-pening lalatkan. Insan dikenali ramai dituduh melakukan perkara seangkatan kaum luth. Tapi yang peliknya, tiada pula dakwaan merogol luar tabie. Jika bukan rogol, mengapa pasangan yang lagi satu tidak didakwa? Pelik, pelik,.....

Kedua : Cerita kena tangkap.
Ada seorang rakan blog, yang benci-benci muzakarah-maqabalah, tiba-tiba kena cekup polis. Tiada dakwaan, tiada waran tangkap. Tiba-tiba kena cekup. Kesian rakan blog ini. Sudahlah isteri dan anak-anak tinggal ketakutan di rumah, dakwaan kerana apa ditangkap pun tiada. Apa punya cerita ni? Tiada siuman lagikah negara Malaysia ini? Penculik Sharlinie tidak pula ditangkapnya. Zalim, zalim,.....

Ketiga : Cerita kelam kabut.
Pelik tapi benar, seluruh jalan untuk memasuki KL telah 'jam' teruk. Sesak bagai hendak meninggal dunia. Mengapa sesak? Kerana polis buat sekatan jalan raya. Mengapa buat sekatan jalan raya? Jawapannya semestinya BUKAN untuk mencari penculik budak-budak kecil yang masih belum dijumpai. Jawapannya adalah kerana insan yang dikenali ramai berada di jalan duta ke? Mungkin agaknya. Inilah dia, politik punya pasal, rakyat kena tanggung. Politik punya pasal, polis kena maki. Pelik, pelik,........

(Apalah nak jadi negara ini, sudah seperti USA yang jahat, budak pun hendak diculiknya, semoga celakalah penculik yang syaitan itu)