SEDAP MULUT KABOR PAS INI ADA INFERIORITY COMPLEX.

Ada orang kata 2 x 2 = 4. Atau 2 + 2 = 4. Tetapi di dalam politik 2 + 2 = 0. Korang fikirlah sendiri macam mana boleh dapat jawapan begitu.

Baru sebentar tadi hamba terblog blog penarik beca. Cerita tajuk Kompleks kontot PAS Selangor. Ada orang hantar e-mail pada dia, dia ada sebut (bukan bakaq, tapi yg beri e-mail tu) yang parti hamba jadi ahli ini ada inferiority complex. Amboi, sedap mulut dia kata gitu noooo.

Dia buat lojik akal, dia ada sebut ayat ke 5 seperti ini; "5.Kepada PAS : Its the results stupid ! Thats how you can get the respect that you want !". Fuih, siap cakap orang putih lagi.

Gitulah mereka-mereka yang anggap mereka faham sesangat sistem pilihanraya di Malaysia ini. Ikut bilangan kerusi sahaja. Ada banyak kerusi Parlimen, bermaksud, majoriti sokong parti itulah. Salah gitu, kawan, salah yang amat. Kalau mahu beri faham, belajar dengan gurulah. Hamba bukan guru, isteri hamba ya seorang guru. Matematik dan Sains lagi.

Jika kawan kita yang beri e-mail itu hendak faham situasi PRU12, maka hamba hendak buat satu contoh kepada dia kepada satu UPU contoh yang memenangkan PKR, kerja orang PAS belaka. Biarlah korang hendak kata PAS macam tidak ikhlas sahaja hendak bantu rakan, lantaklah korang, korang baca dahulu, baru faham.


(Kelam kabutnya pemikiran hamba tentang politik Malaysia)

UPU contoh ini adalah bernama UPU Bukit Rasa, pengundi 1001 orang, dan 95% pengundi Melayu Islam. Terletak didalam DUN Batang Kali, didalam Parlimen Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Ada satu cawangan PAS disini, dipanggil PAS Cawangan Rasa. Situasi yang berlaku pada PRU12 adalah seperti dibawah;

1. Sejak dari bubar Parlimen sehingga peti undi ditutup, tiada seorang pun ahli PKR yang datang membantu kerja2 pilihanraya di UPU ini. Hamba pun tidak tahu mengapa mereka2 ini hanya berkumpul dirumah banglow Dr. Zainal (Parlimen-PKR) dan pejabat cikgu Nash (DUN-PKR).

2. Yang membuka bilik gerakan Pilihanraya, pondok panas, tampal poster PKR, naik bendera PKR, bagi risalah PKR,perayu undi utk PKR semuanya insan2 dari PAS. Tidur kami membuat kerja ini adalah sekitar 3-4 pagi, subuh wajib tidak miss jemaah.

3. Yang menjadi Polling agent dan counting agent (PACA) untuk UPU ini yg ditandingi oleh PKR belaka baik Parlimen dan DUN adalah 100% ahli PAS. UPU disini ada 2 saluran dan 1 saluran ada 4 insan yg bertanggungjawab pada PACA ini. Maksudnya dari pukul 7 pg ditempat mengundi sehingga 8 malam ditempat mengundi, yang menjaga UPU ini adalah insan dari PAS belaka.

4. Yang menutup pintu sekolah tempat mengundi untuk menghalang KTM saluran 2 dari keluar kerana tidak memberi salinan borang 14 kpd Counting agent adalah insan dari PAS. Ada lebih 400 undi yang dipegang didalam borang 14 saluran 2 itu. Jika KTM tipu, maka Parlimen Hulu Selangor sekarang masih G palanivel yang peganglah. Dr. Zainal (PKR) menang majoriti 198 undi sahaja utk parlimen ini.

5. Setelah kami menelefon Setiausaha PKR bahagian Hulu Selangor, barulah datang gerombolan ahli PKR (bercampur dgn insan PAS juga) datang membantu menghalang dan mendesak KTM saluran2 memberi borang 14. Telefon PKR Rasa, tidak jawab telefon pun.

6. Jika setakat peluh 2 kerat, PAS boleh handle, tetapi duit sendiri yang terpaksa dikeluarkan, dana sendiri yang PAS sendiri kena cari ke hulu ke hilir, untuk memenangkan PKR, ini namanya memang betul-betul rakan seperjuangan. Jika ada mamat-mamat dari PKR yang hendak bising2 baca benda ini, ada satu perkara yang hamba hendak kata, takde sesiapa hendak belanja hamba dan insan2 PAS makan nasi ke? Majlis kesyukuran kemenangan PR Selangor pun PAS Rasa yang handle. Fuh, baik bebenor puak PAS nih!

Pada sesiapa yang tidak pernah turun padang bertungkus lumus memenangkan parti yang dinginkan untuk dimenangkan, teruskanlah main saham dibursa saham itu. Kumpul duit banyak2, beri infaq kepada PAS. InsyaAllah PAS akan gunakan duit infaq itu untuk perjuangan menegakkan Islam.

Lagi satu hamba hendak kabor, PAS dan PKR atau PR, korang janganlah akal sempit sangat. Yang mengalahkan PAS didalam PRU12 dahulu adalah orang Melayu. Orang Melayu masih sokong UMNO. Kerusi ditandingi PAS majoritinya kawasan Melayu. Sebab itu kalah banyak. Jangan asyik-asyik tumpu kepada orang bukan Melayu, kerana orang Melayu memang tidak sokong PAS pada PRU12. Terimalah kenyataan.

Jika begitu, mengapa lembab sangat PAS Pusat hendak beri idea yang bernas untuk kami di cawangan melaksanakan idea menawan hati orang Melayu sokong PAS? Kami di cawangan ni IQ rendah , berilah kami idea.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?