PAS JANGAN PINGGIR MELAYU!

Asyik-asyik cerita berkenaan politik, asyik-asyik cerita berkenaan politik. Apekehenya hamba ni? Teruja bebenor hamba hendak berceloteh tentang politik. Termasuk artikel yang ini. Biarlah sekerat muka atau 2 kerat muka, asalkan nama hamba bertanggungjawab dengan penulisan hamba ini. Hamba tetap akan bercerita tentang politik.

Hamba tidak mahu cerita berkenaan Kuala Terengganu, kerana insyaAllah, hamba akan ke sana. Hamba juga tidak mahu bercerita tentang kongres PKR, kerana hamba bukan ahlinya. Apa yang hamba hendak bercerita ialah tentang PAS dan Melayu.

Sedar tidak sedar, waras atau tidur, PRU13 nanti, hendak tidak mahu, PAS akan bertanding dimana UMNO akan bertanding di dalam kawasan parlimen yang majoritinya umat berbangsa Melayu yang menganut agama Islam. Angka 90,80 dan 70 akan menjadi milik PAS untuk bertanding. Kepastiannya adalah ditahap 90%.

Bermaksud, kalah menang PAS adalah ditangan jari jemari umat Melayu yang memegang pensil untuk memangkah di dalam kotak 2x3x3. Pangkah dacing kalahlah PAS, pangkah bulan mengembang menanglah PAS.

Mahu tidak mahu, puak PAS perlu tahu juga, dan sememangnya PAS tahu, pada PRU12 dahulu, UPU pengundi Melayu majoriti, banyak keputusannya kalah belaka. Mengapa kalah, sebab orang Melayu sokong UMNO, bukan PAS. Diulangi, orang Melayu pada PRU12 dahulu sokong UMNO, bukan PAS.

Jika demikian, mengapa PAS sibuk sangat memberi tumpuan kepada orang bukan Melayu? Asyik-asyik cerita bukan Melayu, asyik-asyik cerita bukan Melayu. Jika kome jawab ianya adalah kerana dakwah, o.k,hamba boleh terima, tetapi, dakwah kepada Melayu pun masih tonggang langgang, apekehenya? Zalimnya PAS kepada umat Melayu. Lupa langsung korang kepada umat Melayu yang sudah lama lalai dengan Islam. Kembalikanlah semula umat Melayu kepada Islam, tolonglah!

Benda-benda yang sensitif, seperti arak dan judi, PAS perlulah tegas mengharamkan benda yang memang haram jadah kepada umat manusia. Pedulikan DAP dan orang bukan Islam, kerana mereka memang tidak faham. Oleh itu, fahamkanlah mereka! Jangan berlembut lagi berlembik dengan puak-puak yang tidak faham-faham ini. Ada ke patut kita kena jaga hati puak-puak ini hanya semata-mata kerana mereka didalam PR. Cap ayam sangatkah kita ini termasuk hamba?

PKR dan DAP memanglah tidak suka perkara-perkara ini diungkit, kerana mereka hendak menjaga hati pengundi mereka yang bukan Islam yang suka berjudi dan minum arak sebagai hobi, tetapi, PAS, apekehenya tidak boleh ungkit benda yang betul ini?

Hello manusia! Boleh kaborkan pada hamba yang arak dan judi ini adalah satu perkara yang baik lagi menjurus kepada keharmonian rumah tangga? Jawab! Jawab! Bagus sangatkah arak dan judi ini sehingga isu 2 benda ini cukup payah untuk diungkitkan?

Umat Melayu sedang melihat tindakan PAS. Ya, mereka melihat tindakan PAS. Kerana apa mereka melihat tindakan PAS? Kerana alternatif mereka selain memangkah UMNO adalah PAS. Ya, memang betul. Kerana kerusi 90, 80 dan 70% Melayu, terpampang lambang PAS pada kertas undi. Oleh itu, adakah PAS hendak membutakan mata untuk berdakwah kepada umat Melayu?

PAS sepatutnya menjuarai sentimen-sentimen menyebelahi Islam kerana untuk menang, PAS mesti membuktikan kepada umat Islam yang majoritinya Melayu bahawa jika pangkah PAS, Islam terbela. Jika pangkah PAS, Islam akan memerintah, jika pangkah PAS, negara akan diredhoi Allah kerana negara ikut Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan ikut kepala sendiri, ikut lojik akal sendiri, ikut citarasa sendiri.

Maka oleh itu, PAS kembalilah memperjuangkan Islam untuk memerintah. Janganlah ikutkan sangat fekah Turki, kerana turki itu memang terang-terang sekular yang terlalu sekular, Malaysia ini masih ada Islamnya, walau ianya hanya sedikit lagi kosmetik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?