Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, September 10, 2008

JIKA BETUL PR PERINTAH, PAS WAJIB MINTA 5 KEMENTERIAN INI.

Tarikh 16 september ada seminggu lagi. Jika terjadilah pertukaran kerajaan dari BN kepada PR, maka hamba ingin memberi pendapat kepada PAS agar wajib meminta 5 kementerian ini.

1) Kementerian Pertahanan.
2) Kementerian Pendidikan.
3) Kementerian Penerangan.
4) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Islam).
5) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri).

Cukup 5, tidak perlu banyak-banyak. Mungkin ahli parlimen untuk menjawat jawatan ini adalah seperti berikut.

1) Kementerian Pertahanan - YB Dato Seri Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
2) Kementerian Pendidikan - YB Salahuddin Ayub
3) Kementerian Penerangan - YB Mahfuz Omar
4) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Islam) - YB Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib
5) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri) - YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Pada mereka yang lain, menjadi Timbalan menteri pun sudah memadai. Apa yang penting, 5 kementerian ini PAS perlu bersungguh-sungguh mendesak untuk diperolehi kepada wakil jemaah PAS.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah sekadar pandangan peribadi hamba.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasha jadi Home Minister? Tanya wali-wali Allah dulu.

TG Hj Hadi jaga Mindef, bagus jugak, boleh kurangkan rasuah disitu. Tapi, jangan senang kena tipu dengan orang, ini Keselamatan Negara ni.

Salehudin Ayub ok tapi orang Islam dan bukan Islam takut kat dia lepas demo Bar Council tu.

Yang lain saya tak kenal. Mahfuz tu dulu kata Mahathir tak boleh jadi saksi pun mengikut Islam, tapi tiga tahun kebelakang ni boleh quote Mahathir dalam ceramah dan tulisan dia. Tak consisten Islamnya.

Tok Guru Nik Aziz, yang semua insan kagumi dan sayangi, a wise old sage of the times, to be Government Adviser.

Kuasa Agong yang dirompak oleh Mahathir, kita kembalikan. Ketuanan Islam/Melayu diletak di Institusi Raja2.

Jangan sesekali ada unsur2 nak jadi Republic. Ini Kerajaan, bukan Pemerintah, jadi Raja kena ada Kuasa Mutlak. Guan Eng jadi PM kemudian hari pun takpa. Macam syarikat Melayu, CEO nya Cina, boleh kan?

Pas jangan terburu2 nak implement benda ikut fahaman dia atau ustaz2 umno ini. Kita kena dapat orang yang dah insan kamil untuk jadi advisor dalam hal2 Islam. Yang penting pentadbiran yang transparent dan selamatkan harta rakyat (corruption in govt servant and Ministers). Sementara tu tunjuk contoh untuk di ikuti(dakwah). Dah ok semua, insan kamil pun ramai, berkatlah negara kita.

Idealist

matcomot berkata...

5) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri) - YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

yang ni aku tak setuju.member baik dia dlm blog komen krjn pakatan 16.9 tak relevan