HAMBA LARI DARI JEMAAH KE?

(Nurul Iman, muslimat yang comel dan ligat)

(Nur Jannah, muslimat yang cute dan ketua ligat kepada adiknya)

"Pergi tak esok? Haji dah ajak semalam pergi ke Permatang Pauh? Mu dok gi ke?" tanya kawan hamba kepada hamba pada hari Jumaat lepas. Hamba menjawab, " Malas la pegi, buat apa pegi, bukannya hamba yang bertanding." jawab hamba berseloroh. Sebenarnya, jawapan hamba yang tersirat ialah, maaflah, duit tidak kecapaian untuk pergi, jika ada 'sponsor', boleh gak,... he, he.

Ini perkara serius, bulan ini, hamba memang kesempitan. Maklumlah, duit disimpan kerana hendak balik batu enam, cuti sekolah le katakan. Jika ke permatang pauh, maksudnya, susu-susu dan 'pampers' anak siapa hendak membayarnya?

Cadangan asal hendak ke Ipoh sabtu lepas, juga tidak kecapaian kewangannya, kemudian rakan-rakan mengajak ke Permatang Pauh, lagilah tidak kecapaian kewangannya. Akhirnya balik kampung di KL, rumah ibu hamba.

Fikir-fikir balik, mungkin ini ujian Allah pada hamba. Sibuk urusan keluarga, perihal jemaah dilupakan. Aduih, harap tidaklah sehingga ke tahap itu. Meeting pemuda kawasan pun sudah tidak pergi. Bukan alasan malas, tetapi sibuk mengurus hal anak-anak. Anak hamba ada dua, yang sulong umur 1 tahun 8 bulan, yang kedua umur 9 bulan. Dua-dua kecil, masih 'infant' atau bayi dalam sebutan melayunya.

Kesian hamba melihat isteri hamba mengurus seorang-seorang anak yang kedua-duanya yang amat aktif itu walau kedua-duanya muslimat. Tidak sanggup melihat isteri bertungkus lumus menidurkan kedua-dua anaknya pada malam hari seorang-orang kerana tahap susahnya menidurkan mereka berdua, hanya hamba dan isteri hamba sahaja yang tahu. Sudahlah isteri hamba mengajar sesi petang, balik rumah jam 7.15 malam, terus kena uruskan hal anak-anak.

Hamba rasa, hamba perlu tumpukan sedikit masa lagi kepada anak-anak sehingga yang sulong telah mencapai umur 2 tahun dan yang kedua sudah reti berjalan. Barulah bernafas sedikit untuk menguruskan mereka.

Oleh itu, pada ketika ini, apa-apa berkaitan perjumpaan atau 'meeting' pemuda kawasan, maka hamba ada uzur syarie rasanya untuk hadir. Hamba memohon maaf yang amat kepada rakan-rakan jemaah kerana tidak dapat menjalankan tugas ketika ini. Maafkan hamba,.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?