HAMBA KEMBALI DARI BERCUTI.

Pada ketika ini, hamba sedang dalam keadaan sakit pinggang akibat kerap mendukung anak hamba yang dalam keadaan demam dan selesema. Kedua-dua anak hamba dalam keadaan demam dan selesema apabila baru kembali dari kampung isteri hamba, batu enam.

Seminggu sudah hamba rasa hamba telah 'mengabaikan' blog hamba. Baik blog peribadi hamba dan juga blog pemuda rasa, sudah lama ianya tidak diupdate.

Hamba ke Terengganu tidak membawa lap-top, sebab itu hamba tidak meng'update' blog hamba. Maklumlah, hamba pergi ke sana naik firefly. Kapalterbang murah. Pergi balik 4 orang, 2 dewasa dan 2 'infant' RM407.00 sahaja. Jika balik ke batu enam dengan kereta hamba, atas jalan sahaja sudah lebur RM500.00. Sudahlah mahal, letih memandu 5-6 jam pula, baik naik firefly. Dari subang terus ke Kuala Terengganu, tidak perlu ke KLIA. Dalam 'flight' tidak sampai pun 1 jam, 45 minit sahaja.

Di batu enam, jam 8 pagi, akan datang seorang penjual sarapan atas motor kami gelarnya pok mat. Jualan yang dijualnya murah-murah dan sedap-sedap belaka. Jualan sarapan dijual atas motor. Hamba lupa hendak mengeluarkan kamera hamba apabila menuju ke motor pok mat untuk belian sarapan pagi. Jika ingat, boleh juga hamba snap satu gambar untuk dipampang di blog ini. Lupa sokmo hamba.

'Assalammualaikum', hamba memberi salam kepada pok mat. 'Wa'alaikummussalam warah matullah. Bila balik?' jawab pok mat dan terus bertanya. Hamba jawab, 'semalam'. Pok mat mencelah,'eh, lain ke sana, mu pulok ke sini?'.

Hebat-hebat. Memang pok mat ini penyokong tegar PAS. Ke mana-mana ada PRK, di situ ada pok mat. Katanya, hari Jumaat beliau telah ke sana dan baru pulang hari Rabu. Rupa-rupanya, hamba dan pok mat sampai ke Batu enam pada hari yang sama. Cuma beza, hamba baru memulakan musafir, manakala pok mat baru menghabiskan musafirnya.

'Satu van ke sana,' pok mat mengkhabarkan tanpa ditanya. Hebat lagi istiqomah dalam perjuangan. Eh, lupa pula, yang dimaksudkan ke sana itu adalah permatang pauh. Pok mat dan rakan-rakan dari batu enam ke permatang pauh untuk memenangkan saudara Anwar Ibrahim.

Kemudian hamba teringat, hamba ada terbaca di dalam laman marhaen, seorang menggelar dirinya tulang besi yang suka buat fitnah kepada PAS terutama PAS Terengganu dan sebelum itu buat kerja mengarut sms yang bukan-bukan pada reformis puan nora. Ceritanya PAS Terengganu adalah 'master mind' agar PAS masuk BN. Di sini hamba ingin menjawabnya, 'HA, HA, HA, HA, HA....' Apalah bengong kawan kita tu. Bengong do'oh lallu.

Jika ada budak Manir, dah lama kena pukulan parah tanpa belas kasihan. Ustaz Harun pun hendak difitnahnya. Tah apa-apa tah lah.

Eloklah pok mat itu boleh dikategorikan tidak 100% melihat blog tiap-tiap hari, jika tidak, hamba rasa makian yang sungguh pedas akan dilemparkan kepada tulang besi. Kesian, kesian, ada juga orang gini rupa diri. Harap beliau bertaubat.

(Rumah di depan itu adalah bilik gerakan PAS untuk UPU Bukit Rasa. Yang bertanding adalah PKR, baik DUN dan Parlimen. Yang buat kerja PAS. Oleh itu, janganlah tuduh PAS hendak keluar PR. Tak baik tu. Tengok bendera yang dikibar oleh kami, siap diselit dengan bendera PKR lagi sehingga ke hari ini.)


Walauapapun, hamba rasa terkilan juga, kerana, hamba yang duduk 'dekat' dengan permatang pauh tidak pergi berbanding dengan jauhnya batu enam ke permatang pauh pun pok mat boleh pergi, membuat hamba rasa betul-betul kecil sekecil-kecil manusia yang tidak mengerti erti pengorbanan. Hebat sungguh puak-puak batu enam ini, tegarnya sokongan kepada PAS melampaui tegarnya sokongan hamba kepada PAS.

Hamba harap, saudara Anwar Ibrahim akan menang di dalam PRK ini. Dan untuk pengetahuan sesiapa sahaja yang termelayar blog hamba ini, hamba berpendapat, yakni pendapat peribadi hamba adalah Anwar akan menang dengan majoriti kurang dari majoriti diperolehi isterinya. Bukan disebabkan sokongan kepada Anwar berkurangan, tetapi disebabkan penipuan yang melampau yang akan dibuat oleh BN. Wallahualam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?