Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Julai 29, 2008

RAKAN KARIB DAPAT ANAK LELAKI.

Hamba gembira hari ini. Kawan karib hamba baru dapat anak yang kedua semalam. Lelaki, berat 1.7 kg. Ringannya. Ya, memang ringan. Lahir awal. Risau juga dibuat hamba pagi semalam. Rakan karib meng'sms' kepada hamba agar berdoa isteri dan anaknya selamat melahirkan anak dalam keadaan anak belum 9 bulan.

Alhamdulillah, semuanya selamat wal afiat.

Cuma dukacita satu je, tidak berpeluang ke Hospital untuk mengucap tahniah dan menziarahi bakal ketua pemuda PAS, anaknya itulah. Yelah, hamba duduk di Hulu Selangor, kawan kita berada di hosptital Pantai, Bangsar K.L. Jauh dan tidak ada peluang ke sana.

Tapi takpe, insyaAllah jika rakan karib hendak buat aqiqah, hamba sedia membantu menghabiskan santapan kambingnya, he, he,.......

0 ulasan: