Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Julai 29, 2008

PENDAPAT PERIBADI HAMBA

(tengok TV ke anak hamba)
Selamat datang ke blog hamba yang kedua, iaitu blog yang tiada kaitan dengan sesiapa, yang tidak bersangkut dengan mana-mana pertubuhan, samada dari ROS atau ROT, juga tiada kaitan dengan manusia-manusia yang hidup apalagi yang sudah meninggal dunia. Ini semua adalah semua pendapat peribadi hamba, yang akal kecil, tubuh kecil, tapi sudah berisi.

Topik untuk blog? Semua boleh masyuk. Politik, agama, sosial, tamadun, gosip dan apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan. Tapi, yang pakarnya, mungkin politik,..... :)

Perenggan pertama ada sebut blog hamba yang kedua, yang pertama ada ke? Jawab hamba, adalah. Sudah yang kedua, mestilah ada yang pertamanya. Tetapi, ianya banyak berkisar kepada jemaah PAS di Rasa, tempat tinggal hamba, oleh itu, skopnya mungkin tidak seluas skop blog ini, hamba akan bukakan skop yang luas seluas-luasnya pada blog ibnmustaffa ini. Salam,.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah on your new blog..comei nyer budakyg kat dpn tv 2..mcm makciknyer je..hehe

-adikmu-