Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

HAMBA SETUJU DEMO BANTAH I-DANCE!

Eh? Lepas tulis artikel dibawah, tiba-tiba terasa hendak sambung tulis lagi. Bukan buang tabiat, tetapi setelah melayari blog-blog dan akhbar internet, terbaca pula hamba tentang demo yang akan dibuat oleh Pemuda PAS Pulau Pinang sebab tidak mahu I-Dance dilangsungkan di pulau mutiara itu. O.k tu. Hamba sokong 100%. Demo, jangan tidak demo. Walaupun PAS sudah berkerajaan sekarang, walau tidak 100% berkuasa, demo tetap demo. Jika tidak puas hati, demo. Bukan tidak puas hati pasal apa, tidak puas hati dengan maksiat, apa salahnya demo. Ini tidak, ada pula idea insan-insan yang mengatakan sesiapa yang berdemo, kita berakal pembangkang. Apalah yang sempit sangat pemikiran ini. Apa? Jika sudah pegang tampuk pemerintahan, tidak boleh membangkang ke? Jika begitu, serupa BN lah kita. Ada kata, pergilah berbincang dengan ketua menteri, itu lebih berhikmah. Eh? Manalah pula tahu yang itu berhikmah? Berdemo tidak hikmah? Hamba rasa, buat kedua-duanyalah berhikmah! Mesti buat kedua-duanya, satu

AKAL TIBA-TIBA MEREWANG.

Imej
(Muka jejaka tampan bersama anaknya yang comel) Tiba-tiba sahaja, hamba teringat kena air asid dan gas pemedih mata difikiran hamba yang tidak geliga ini. Dengan secara yang penuh misteri, terlintas difikiran hamba yang penuh idea lagi berinovasi terkini ini tentang saat dan ketika hamba terkena pancutan air asid dan tembakan peluru gas pemedih mata ketika hamba berdemo dahulu kala. Hamba terasa pelik. Ajaib pun ada juga. Mungkin agaknya sudah lama hamba tidak pergi berdemo, maka akal hamba memberontak kepada badannya mengapa sudah lama tidak pergi berdemo? Ya, mungkin. Semenjak kecewa dengan 'demo' protes tidak menjadi dahulu, hamba agak kehilangan nafsu untuk berdemo. Apalagi ada manusia cap ayam hendak berdemo secara telanjang bonge, lagilah hamba tidak bernafsu untuk berdemo. Maka oleh itu, dapat disimpulkan oleh akal hamba setelah kembali teringat akan kesakitan terkena pancutan air asid dan gas pemedih mata, maka akal hamba menyatakan kepada urat saraf hamba bahawa terke

CERITA HAMBA MINGGU INI.

Imej
Lama bebeno rasanya hamba tidak berblog. Maklumlah, cuti raya Haji. Makan daging lembu banyak sangat. Walau apapun yang berlaku, TV3 tetap masih dan setia berbohong dengan gaya cap ayamnya. Hamba baru sahaja balik dari kampung isteri hamba, batu enam, Terengganu. Hamba tidak ke mana, cuma cuti sakan pergi ke pantai, ke kemaman, ke pantai, ke jammu, ke pantai, ke jammu dan ke bandor. Itulah kerja rutin hamba. Tidaklah pula ada terlintas hendak melihat-lihat suasana politik disana sejak-sejak KT hendak adakan PRK ni. Tok tua hamba alhamdulillah sihat. Cuma kena gout sehari. Bila balik sahaja dari Terengganu, singgah sehari di rumah ibu di K.L. Ayah hamba dan Ibu hamba alhamdulillah sihat belaka. Cuma kereta Odyssey hamba sahaja tidak sihat. Alternator kong. Siap dia sapu dengan bateri sekali. RM500 pergi ke kereta sahaja. Macam tetahu je kereta tu isteri hamba hendak dapat bonus. Sibuk-sibuk dengan kerja, baru teringat, anak hamba kedua, Nurul Iman belum inject lagi untuk dos umur setahu

SELAMAT HARI RAYA HAJI.

Imej
Isnin ini adalah hari Raya Haji. Aidiladha. Hamba tidak kepastian, wukuf di arafah adalah pada hari ahad atau sabtu di sempadan tanah haram di sana? Cumanya, puasa sunat tetap hari ahad di Malaysia. Sempena bulan baik dan hari baik ini, hamba hendak memohon maaf pada semua mereka yang terblog ke blog hamba yang tidak seberapa ini. Hamba juga tahun ini rasa terkilan sedikit kerana tidak melaksanakan ibadah korban. Bukannya tiada duit, cuma tidak kecapaian untuk mendapat satu bahagian. Dosa besar hamba jika hamba ini dari mazhab Hanafi. Raya pertama hamba akan beraya bersama ibu dan ayah hamba di KL. Yahooo! Sabtu ini selepas gotong royong membersihkan tempat 'rebang' di kampung napi untuk upacara rebang PAS Cawangan Rasa, hamba sekeluarga akan balik 'kampung' di KL. ('Makan daging bebanyak ye, makan daging korban sedaaaap.' , Pesanan dari anak hamba kepada bloggers) Hari tasyrik 1, jam 7.25pg, hamba akan naik firefly terbang ke udara menuju batu enam. Yap, hamba

TOK GURU NIK AZIZ TIADA PENGGANTI? MASALAH BESAR INI.

Hamba betul-betul seronok, sebab apa hamba seronok, kerana masih ramai lagi insan-insan yang menyayangi tok guru Nik Aziz. Memang molek sangat insan-insan umat manusia menyayangi tok guru kerana sifat-sifat dan iman beliau, cuma jangan taksub yang amat kepada beliau, sudah. Inilah masalah umat Melayu sebenarnya. Tokoh-tokoh yang zuhud seperti tok guru Nik Aziz seperti ditiadakan oleh insan-insan manusia. Hamba telah kata, dalam artikel sebelum ini , mengapa hamba ungkitkan perkara ini, kerana kita sendiri seolah-olah menyatakan tiada lagi manusia di tanah Melayu ini yang serupa atau lebih baik daripada tok guru Nik Aziz. Jika betullah kepada sesiapa yang mengatakan tok guru perlu menjadi MB sehingga wafatnya tok guru, ini tandanya masalah besar melanda kepada jemaah Islam PAS akibat kekurangan kepimpinan yang suzuhud tok guru. Memang masalah besar. Alangkah eloknya ada beratus-ratus insan didalam jemaah PAS yang setanding tok guru atau lebih hebat daripada beliau. Tetapi malangnya, ian

PAS JANGAN PINGGIR MELAYU!

Asyik-asyik cerita berkenaan politik, asyik-asyik cerita berkenaan politik. Apekehenya hamba ni? Teruja bebenor hamba hendak berceloteh tentang politik. Termasuk artikel yang ini. Biarlah sekerat muka atau 2 kerat muka, asalkan nama hamba bertanggungjawab dengan penulisan hamba ini. Hamba tetap akan bercerita tentang politik. Hamba tidak mahu cerita berkenaan Kuala Terengganu, kerana insyaAllah, hamba akan ke sana. Hamba juga tidak mahu bercerita tentang kongres PKR, kerana hamba bukan ahlinya. Apa yang hamba hendak bercerita ialah tentang PAS dan Melayu. Sedar tidak sedar, waras atau tidur, PRU13 nanti, hendak tidak mahu, PAS akan bertanding dimana UMNO akan bertanding di dalam kawasan parlimen yang majoritinya umat berbangsa Melayu yang menganut agama Islam. Angka 90,80 dan 70 akan menjadi milik PAS untuk bertanding. Kepastiannya adalah ditahap 90%. Bermaksud, kalah menang PAS adalah ditangan jari jemari umat Melayu yang memegang pensil untuk memangkah di dalam kotak 2x3x3. Pangkah d

SEDAP MULUT KABOR PAS INI ADA INFERIORITY COMPLEX.

Imej
Ada orang kata 2 x 2 = 4. Atau 2 + 2 = 4. Tetapi di dalam politik 2 + 2 = 0. Korang fikirlah sendiri macam mana boleh dapat jawapan begitu. Baru sebentar tadi hamba terblog blog penarik beca. Cerita tajuk Kompleks kontot PAS Selangor. Ada orang hantar e-mail pada dia, dia ada sebut (bukan bakaq, tapi yg beri e-mail tu) yang parti hamba jadi ahli ini ada inferiority complex. Amboi, sedap mulut dia kata gitu noooo. Dia buat lojik akal, dia ada sebut ayat ke 5 seperti ini; "5.Kepada PAS : Its the results stupid ! Thats how you can get the respect that you want !". Fuih, siap cakap orang putih lagi. Gitulah mereka-mereka yang anggap mereka faham sesangat sistem pilihanraya di Malaysia ini. Ikut bilangan kerusi sahaja. Ada banyak kerusi Parlimen, bermaksud, majoriti sokong parti itulah. Salah gitu, kawan, salah yang amat. Kalau mahu beri faham, belajar dengan gurulah. Hamba bukan guru, isteri hamba ya seorang guru. Matematik dan Sains lagi. Jika kawan kita yang beri e-mail itu hen

MENGAPA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK BERSARA LAGI?

Ada manusia berkehendakkan tok guru Nik Aziz bersara cepat? Ini salah ayat ungkapan yang hamba dengar ini. Bukan bersara cepat, tetapi sepatutnya ayat yang patut diluahkan ialah mengapa tok guru Nik Aziz tidak bersara lagi. Baru betul. Tok guru sudah tua. 78 tahun. Sepatutnya sudah lama menyerahkan kuasa MB Kelantan kepada orang lain sudah lama dah. Tak gitu? Ke hamba yang sasul? Jika dilihat dari pandangan peribadi hamba, nampak sangat orang Kelantan tiada yang berwibawa untuk menjadi MB Kelantan. Tak kan lah tiada insan di Kelantan yang boleh menggantikan tok guru Nik Aziz. Mustahil lagi tidak logik. Janganlah zuhud sangat puak-puak Kelantan ini sehingga masing-masing tolak-menolak tidak mahu jadi MB. Atau pun terlalu ramai yang hendak berebut menjadi MB? Hamba tidak yakin. Marilah kita kembali mengingatkan sejarah tahun 1990 dahulu. Apabila PAS kelantan meletakkan Tok Guru Nik Aziz menjadi menteri besar. Ramai yang tidak berapa yakin ulama seperti Tok guru boleh mentadbir Kelantan.

BANYAK CERITA MAHU DICERITA.

Tajuk 1: ISA punya hal. Ada satu sahaja hamba hendak kabor pada PEWARIS. Korang semua ni ada akal ke takde? Apakebendenya kaitkan Islam dengan ISA yang jelas tanpa khilaf adalah zalim lagi haram. Lepas tu bertakbir dgn laungan Allahuakbar masa demo dengan 3 line. Jahat cap ayamnya korang ni. Lepas tu, yang ngengade panggil pekida sekali masuk demo tu apahal? Kan ke dah mencemarkan orang Melayu, hendak sepak terajang seorang perempuan yang lemah. Mana adat Melayu korang wei? Memalukan melayu betul korang ni. Konon hendak menjaga hak orang Melayu. Pigidah! Ayam pun tahu korang menipu! Tajuk 2 : Arak punya hal. Mengapalah takde akal juga orang DAP ni? Suka sangat minum arak ke korang? Kan ke elok korang tak minum arak. Kita mulakan cuba try test di shah alam dahulu. Bukannya haram terus jual macam di Amerika dahulu zaman 30-an. Tetapi di tapis kecilkan. Mengapa ni DAP? Korang ada syer ke dengan Carlsberg? Ke ada syer dengan Anchor? Korangkan pemimpin, takkan pengundi kamu yang suka minum

MULA-MULA MENIPU, KEMUDIAN MEMBOHONG, LAMA-LAMA JADI TV3.

Ada peribahasa yang tidak pernah didengari oleh manusia, kerana ianya baru dicipta hari ini, yang berbunyi, "Mula-mula menipu, kemudian membohong, lama-lama jadi TV3". Itulah dia tajuk artikel hari ini iaitu TV3 yang suka menipu dengan sombongnya. Sudahlah berlagak, sombong, perasan macam bagus, padahal penuh dengan kudis dan najis mugholazah terpait kepada setiap individu yang bekerja di TV3. Biarlah ada yang bising-bising tidak bersetuju hamba mengecop setiap pekerja TV3 itu terpait najis. Memang hamba hendak menyatakan sekali lagi, memang mereka semua terpait dengan najis kerana bersubahat dengan penipuan yang tidak sudah-sudah dari mereka dibilik berita. Busuknya sehingga 7 petala langit boleh menghidunya. Jika tidak mahu terpait sama, berhenti sahaja dari kerja di TV3, kerja di tempat lain. Jangan mengada-ngada kata ini adalah tempat mencari rezeki, padahal itu adalah rezeki yang cukup haram lagi kotor untuk diterima. Sudahlah itu TV3, jangan hendak buat kerja syaitan la

UPSR 2008, UNTUNGNYA ANAK-ANAK 96.

Untungnya anak-anak yang dilahirkan pada tahun 1996. Dapat juga mereka menikmati peperiksaan yang sengaja dibuat wajib oleh kerajaan Malaysia yang bernama Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau singkatannya UPSR pada tahun ini, iaitu tahun 2008. Tahun dimana genapnya putaran lengkap pengajian Matematik dan Sains diajar didalam bahasa Inggeris, atau lebih tepat, mereka-mereka ini, belajar bahasa Inggeris didalam subjek Matematik dan Sains sejak dari tahun 1 lagi. Mengapa pula hamba berkata beruntung? Mana tidaknya, keputusan peperiksaan ini adalah keputusan yang berlandaskan politik, bukan keputusan mengikut kepandaian anak-anak didalam menjawab soalan. Diulangi, ianya adalah keputusan yang telah diputus awal-awal oleh orang politik, bukan keputusan sebenar kepandaian anak-anak menjawab soalan peperiksaan. Hamba hendak mengulanginya kali ketiga, ianya adalah keputusan orang-orang politik semata-mata. Kasihan. Ya, kasihan sungguh melihat arah tuju pendidikan Malaysia. Sungguh kasihan anak-a

MAT TAIB, HISHAM DAN SEKUFU DENGANNYA.

Hamba terkedu melihat berita akhbar, malah pening-pening migrain membaca berita seorang manusia yang tidak elok akhlaknya, sering bermain dengan rasuah serta suka menipu Sultan mengarahkan puak-puak assobiyah Melayu agar menghalang ahli-ahli jemaah Islam PAS dari 'merampas' masjid di Selangor. Apa halnya cerita ni weiii? Kenapa? Ahli PAS ini bukan orang Islamkah yang tidak boleh 'menyelinap' masuk ke dalam jawatankuasa surau atau masjid di Selangor? Layak sangatkah dia itu untuk bercerita tentang Islam sedangkan agamanya sendiri pun beliau belum tegakkan di dalam dirinya? Hancur punahkah institusi masjid jika ahli PAS menyelinap masuk didalam jawatankuasa masjid? Apa yang hamba nampak, puak assobiyah Melayulah yang merosakkan institusi masjid semenjak dua menjak mereka mentadbir negeri Selangor. Hancur lebur akhlak dan agama bangsa Melayu kerana kerja-kerja puak-puak ini. Bukan setakat hancur lebur, malah rosak membinasakan Islam didalam diri orang-orang Melayu. Suka sa

AMERIKA AKAN JATUH, ISRAEL AKAN NAIK.

Apalah pulanya ni ada yang memandai-mandai mengatakan Presiden Amerika laknatullah yang baru sekarang ini Black African American? Dia ini budak kacukanlah. Kacuk hitam dan putih. Keluarnya kelabu asaplah. Masa kempen, suka sangat dia sokong zionis dan negara haram jadah Israel. Siap lekeh-lekeh lagi rakyat Palestin. Inilah dia ahli politik Amerika, disebabkan hendak kuasa, mereka yang nyata lagi jelas syaitan pun mahu dibodeknya. Hendakkan sokongan pelobi Yahudilah itu. Hamba rasa, kuasa dunia sekarang akan beralih ke Israel. Amerika akan punah lanah dengan kemelesetan ekonomi dan segala gaduh-gaduh dalaman nanti akibat cerita sebenar askar Amerika kantoi di Iraq dan Afghanistan disebar luaskan. Tidak lama lagi, mungkin kuasa ekonomi berpindah milik dengan jelas oleh negara haram Israel. Mana tidaknya. Sistem ekonomi dunia sekarang ini pun, dicipta dan digundah-gulana oleh zionis yahudi laknatullah. Satu dunia ikut sistem puak kafir ini. Musuh utama kuasa dunia ini nanti semestinya ada

ADIK HAMBA KONVO.

Imej
2nd upper. Pergh,.... bangga hamba adik hamba dapat degree hons pengurusan industri 3 pointer ke atas. Mengalahkan abang-abangnya yang hanya mampu 2nd lower je. Tapi, engineering le. Walaupun begitu, adik hamba masih tidak bekerja a.k.a menganggur lagi. Oleh itu, sesiapa yang terbaca blog hamba yang tidak seberapa ini, bantu-bantulah hamba, tengok-tengokkan kerja yang bebagus sikit untuk adik hamba ni. Risau dibuatnya nganggur hendak masuk 8 bulan dah ni. Mungkin sebab sijil degree adik hamba tidak dapat lagi ke? Mana taknya, baru ahad lepas adik hamba konvo. Di Batang Berjuntai, Unisel. Seronok dapat jumpa Tan Seri Khalid, dan tidak berapa berkenan jumpa Rosmah. Bawah ini, adalah sedikit gambar-gambar konvo adik hamba. (Dukung anak saudara dia (Anak hamba le) sambil tunggu untuk mendaftar masuk) (Sudah daftar, kena beratur lagi untuk masuk dewan. Lepas masuk dewan, tiada gambar, sebab hamba tidak boleh masuk,.....) (Gambar anak sulong hamba belakang kereta siapa ni? Hendak tahu jawap

ANGKA 5 YANG PELIK

Tajuk artikel ini semacam je. Macam main-main tikam ekor. Tetapi, jangan salah sangka. Angka 5 yang dimaksudkan adalah satu kejadian tragis yang telah melanda negara ku Malaysia yang masih dijajah oleh para kapitalis yang hanya pentingkan untung wang ringgit. Ada sesiapa tahu atau pernah dengar cerita satu syarikat yang bernama valuecap? Kalau ada baguslah, kerajaan hendak beri RM5 bilion pada dia untuk 'support' BSKL dari terus merudum. Dan hamba rasa semua tahu, dari mana duit 5 bilion itu hendak dicekau. Duit dari EPF le..... Selang seminggu, keluar pula cerita kemungkinan 50,000 pekerja bukan tetap kerajaan akan kena 'bersara' wajib. Sebabnya, kononnya kerajaan tiada duit hendak bayar gaji. Miskinnya kerajaan. Patutnya sudah perlu ditukar kepada kerajaan baru. Hah! Kan ke hamba sudah kata, angka 5 yang pelik. 5 bilion dan 5 puluh ribu, kedua-duanya menyusahkan rakyat, menyenangkan orang kaya. Apa pasal duit RM 5 bilion itu tidak diberikan sahaja kepada 50,000 pekerj

SALAM HARI RAYA. - CERITA DI KAMPUNG TOK TUA 2.

Imej
Salam hari raya. Walau raya sebenarnya sudah berakhir lama dah, namun disebabkan hamba Melayu, maka suka jugalah hamba hendak beraya hingga sebulan Syawal. Bukannya apa, sukanya rasa hamba hendak menziarahi sanak saudara hamba yang kadang-kadang, lama hamba tidak bertemu. Cerita hari ini, hamba hendak menurunkan sebanyak mungkin gambar yang sempat hamba 'snap' semasa akhiran Ramadhan dan permulaan Syawal dahulu. Hamba malas lagi menyampah hendak bercerita tentang Pak Lah dan Najib yg tukar-tukar jawatan PM TPM ikut suka hati mak bapak mereka. Menyampah! Ptuih! Mulanya gambar di bawah ini. Ini adalah gambar pada bulan puasa di siang hari yang menunjukkan, bahawasanya, anak hamba dengan suka lagi gembiranya, tidak berpuasa. Kak Long yang bersahaja menghisap botol dan adiknya dengan gaya rambut 'punk'. (Hello para bloggers, cantik tak rambutku ni. Bukanku nak sebenarnya, tetapi apakan daya, ayahku telah meng'adjust'kan rambutku sebegini rupa,....) Atas ini pula ada

SALAM HARI RAYA. - CERITA DI KAMPUNG TOK TUA.

Salam aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin. Seminggu bercuti, maka seminggu itu jugalah hamba tidak melayar laman alam maya. Sibuk beraya di Terengganu dan kemudian ke Melaka dan kemudian ke K.L dan kemudian ke Selangor. Tahun ini adalah tahun hamba membayar zakat fitrah untuk 4 manusia, termasuk hamba. Teringat lagi sewaktu dahulu, mula-mula, tidak bayar langsung, ayah tanggung, kemudian untuk diri sendiri, kemudian 2 orang, kemudian 3 orang dan tahun ini, 4 orang. Alhamdulillah. Isnin lepas, bersamaan dengan 29 Ramadhan, hamba, isteri dan 2 anak hamba telah balik ke Terengganu menaiki kapal terbang firefly. Kapal jenis baru. Cukup selesa. Hari Jumaat petang, 26 Ramadhan, hamba dan keluarga telah ke K.L untuk ke rumah ibu dan ayah hamba selama 3 hari sebelum ke rumah tok tua hamba. Maklumlah, tahun ini giliran kampung isteri hamba, sebelum ke Terengganu, mestilah menjenguk ibu dan ayah kandung hamba dahulu. Di Terengganu, tahun ini, anak-anak tok tua hamba yang tinggal di per

TANDA BESAR KIAMAT - MATAHARI TERBIT DARI BARAT SUDAH BERLAKU?

Imej
Hari ini hamba alhamdulillah, agak kaya sedikit dengan wang ringgit. Maklumlah, baru dapat bonus 1 bulan untuk gaji tahun lepas. Lega sedikit kengkangan kewangan untuk menyambut bulan Syawal nanti. Elok juga bonusnya diberi lewat, jika sebulan sebelum Syawal, alamatnya, belanja sakanlah hamba untuk persiapan Hari Raya. Tahun ini, semuanya sederhana. Perbelanjaan semuanya sederhana. Tetapi, dulu pun persiapan rayanya sederhana, tetapi tahun ini, lebih sederhana daripada sederhana yang dulu. Dapat SMS dari adil, kes mahkamah Anwar telah ditangguh ke 7 Oktober. OK le tu. Bab-bab politik hamba sudah ringan sedikit untuk dibuat berfikir. Maklumlah, 10 hari terakhir bulan Ramadhan, banyak fadilatnya. Masjid di tempat hamba tinggal juga telah diadakan tazkirah selepas tarawih. Kelmarin, ustaz Badrul Amin datang. Lama benar rasanya kerinduan kami di Rasa untuk mendengar suara ustaz Badrul Amin. Akhirnya, kesampaian juga. Hamba sebenarnya handak bercerita lain daripada yang lain untuk artikel k

BUATLAH PERKARA YANG BAIK DIBULAN RAMADHAN INI.

Imej
Pada hari Khamis lepas, hamba telah menempah 2 baju Raihan untuk dijadikan sebagai baju harian hamba ketika hendak berjalan-jalan. Bukan untuk baju menyambut Hari Raya. Semenjak sudah tua ini, hamba tidak hiraukan sangat untuk membeli baju raya. Cumanya jika untuk anak dan isteri, adalah juga bernafsu untuk membelinya. Tiket kapal terbang untuk balik raya di batu enam sudah dibeli. Naik firefly. Yang peliknya, anak hamba yang sulong dipaksarela untuk dibeli tiket orang dewasa. Ada patut ke dengan tidak semena-mena, kami tidak dibenarkan untuk membawa 2 'infant' ke dalam kapal terbang. Alasannya kapal terbang penuh. Kalau ye pun nak duit orang, cakap je lah yang 'kami hendakkan anak kamu yang lagi 2 bulan untuk berumur 2 tahun memasuki kapal terbang dengan bayaran orang dewasa, bukan infant'. Kan ke senang cerita. Zakat fitrah masih belum lagi dibayar. Cadang jumaat depan hendak membayarnya. Zakat pendapatan pun belum lagi dibayar. Tahun ini, zakat hamba akan dibayar kep

Yahoo! Menang!

Imej
(Lambang perjuangan menegakkan Islam) Menunggu cerita tukar-tukar kerajaan. Samada Paklah yang menang atau Anwar yang menang. Tengok-tengok, Ustaz Hashim yang menang. Yahooooooo,...... Sumber: Calon PAS diisytihar menang di Sanglang. http://www.malaysiakini.com/news/89798 Hendak diberitahu juga, DUN Manir, Ustaz Harun Taib menang petisyen pilihanraya terhadapnya. Ustaz Harun kekal menang di DUN Manir. Takbir!! Nampak gaya, 16 Ramdhan ini, Allah telah memenangkan 2 ulama untuk memimpin di kawasan DUN masing-masing. Allahuakbar!

MERCUN; TERINGAT SEMASA DAHULU.

Imej
Hamba tadi baru masuk kerja, jam 7.30 pg. Masuk kerja sebenarnya jam 8.00 pg sempena Ramadhan. Balik 4.30 ptg. Semasa hendak 'punch', datang kawan hamba. "Assalammualaikum!", kata hamba. "Wa'alaikummussalam.", jawabnya ringkas. "Nak beli mercun?", tanya kawan hamba pada hamba sepontan. Waduh! Dalam hati hamba menjawab. Bahaya tu. Barangan terlarang. Maka hamba pun menjawab, "Bunga api ada?". Itulah dia sketsa pagi tadi didepan pintu pegawai keselamatan tempat kerja hamba dimana terletaknya mesin 'punch' untuk masuk kerja. Tidak lama lagi, kawan hamba hendak membawa contoh gambar bunga api dan mercun pada hamba. Iklan. Semasa termenung didepan komputer pejabat, sebelum hamba berblog (waktu bertugas belum masuk lagi ye), teringat hamba semasa hamba sedang belajar di ITM dahulu. Waktu diploma. Hamba juga adalah tokey jual mercun di kolej Perindu 1. Kaya yang amat waktu itu, maklumlah, waktu itu mercun adalah barangan terlarang ol

UMNO DAN PKR LAH KENA IKUT PAS.

Sekarang ada kumpulan blogger yang menunjuk-nunjuk 'pandai'. Keliru sebenarnya mereka ini. Mungkin hamba pun termasuk di dalam kategori blogger tunjuk 'pandai' ini. Dan mungkin juga hamba keliru. Apa-apa pun, pedulikan apa jika PAS ada yang pro UMNO dan pro Anwar. Asalkan Islam menang. Apa, elok sangat ke UMNO dan PKR itu? Hamba lihat, lebih kurang tak sama je. Dua-duanya sama dan tak sama. Tidak sama, rekod adil terhadap rakyat, PKR tiada sejarah lagi, UMNO sudah ada, dan ianya gagal! Yang sama, kedua-duanya mengamal politik neo sekular. Itu memang sama. Jadi pada pendapat peribadi hamba, peduli apa PAS ada proUMNO dan proAnwar. Dua-duanya tidak berapa betul. Yang sepatutnya, PAS adalah yang PAS dan hanya PAS. UMNO dan Anwarlah yang perlu ikut PAS, kerana PAS ikut Islam. Betul tak? :)

KARUT LE.

Imej
(Lapah! jangan tak lapah! inilah dia, jika hendak dilihat, lembu itu adalah senario politik Malaysia sekarang. Haru biru.) Perkara yang mengarut telah berlaku sekarang ini di bumi Malaysia. Tangkapan tanpa bicara masih lagi berlaku dibumi Malaysia. Manusia yang berkata mengarut dan manusia yang melakukan perkara mengarut telah ditahan didalam undang-undang mengarut. Jika benarlah manusia-manusia ini mengarut, dan sebenarnya mereka ini memang mengarut, perlu ditangkap didalam akta yang juga mengarut, mengapa tidak ditahan di lokap, kemudian didakwa ke mahkamah, kemudian dibicarakan dan jika bersalah, hukumlah mereka seadanya. Allah SWT, Beliau jika hendak memasukkan seorang kafir masuk ke neraka, Allah tetap akan membicarakan si kafir itu di padang masyar, walaupun seluruh makhluk seantaro dunia mengetahui sikafir itu adalah kafir dan layak masuk ke neraka. Namun Allah tetap membicarakannya. Inikan pula manusia kerdil pemerintah Malaysia, hendak buat perkara karut terhadap rakyatnya sen

BANYAK MENGARUT PUNYA CERITA.

Imej
(Pantai mengelibang talipot - Gambar tiada ada kena mengena dengan tajuk artikel) Baru lepas solat tarawikh. Balik dari masjid, pergi dapur, cari makanan. Lapar pula rasanya. Isteri sudah tidur bersama anak-anak. Kesian melihatnya. Cukup letih isteri hamba menguruskan 2 anak kami yang masih kecil. 'Infant', itulah ayat untuk anak-anak hamba jika mahu beli tiket kapal terbang. Ligat, cukup-cukup ligat anak hamba yang sulong. Anak nombor dua, selalu kena buli dengan kakaknya, kesian. Di dapur jumpa ayam percik dan roti jala. Fuih! Sedap ni. Hamba bawa depan TV. Makan sambil menonton. 'On' TV, keluar cerita hantu, bilik no 13. Cis! ngarut punya cerita. Tukar siaran ke TV3. Keluar cerita tahyul kekasihku seru. Cis! ngarut punya cerita. Tukar lagi siaran ke 8tv. Keluar cerita GODA. Cis! lagi ngarut punya cerita. Apa ni, semua cerita cap ayam ni? Apalagi, hamba buka notebook, layar internet. Baca blog, baca laman web, semua puji Anwar. Baca lagi, banyak kutuk Mustaffa Ali.

JIKA BETUL PR PERINTAH, PAS WAJIB MINTA 5 KEMENTERIAN INI.

Tarikh 16 september ada seminggu lagi. Jika terjadilah pertukaran kerajaan dari BN kepada PR, maka hamba ingin memberi pendapat kepada PAS agar wajib meminta 5 kementerian ini. 1) Kementerian Pertahanan. 2) Kementerian Pendidikan. 3) Kementerian Penerangan. 4) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Islam). 5) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri). Cukup 5, tidak perlu banyak-banyak. Mungkin ahli parlimen untuk menjawat jawatan ini adalah seperti berikut. 1) Kementerian Pertahanan - YB Dato Seri Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 2) Kementerian Pendidikan - YB Salahuddin Ayub 3) Kementerian Penerangan - YB Mahfuz Omar 4) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Islam) - YB Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib 5) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri) - YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Pada mereka yang lain, menjadi Timbalan menteri pun sudah memadai. Apa yang penting, 5 kementerian ini PAS perlu bersungguh-sungguh mendesak untuk diperolehi kepada wakil j

KESIAN RPK, DAH LAH TIDAK BIJAK, SOMBONG PULA ITU.

Kesian. Itulah ungkapan yang hamba dapat katakan kepada Raja Petra Kamarudin tentang isu bertudung di dalam artikelnya bertajuk 'the great tudung debate' dan 'the great tudung debate 2". Sungguh sedih dan pilu melihat tulisan beliau yang penuh kejahilan lagi menunjukkan tidak bijaknya RPK apabila beliau membuka mulut atau menulis berkenaan dengan Islam. Pengharapan hamba terhadap beliau ialah beliau bertaubat dan mengikis sikap ego beliau bahawa beliau tahu segala-galanya. Mungkin didalam ilmu politik beliau memang pakar, namun jika berkenaan agama yang dianutinya, beliau amat menyesatkan. Mengapa menyesatkan? Untuk mencari jawapan yang mudah, hamba hendak bercerita contoh yang mungkin boleh dikaitkan dengan perlakuan RPK terhadap hukum agama. Contoh yang boleh menjelaskan situasi yang celaru ini mungkin akan mudah untuk difahamkan kepada mereka yang tidak faham dan buat-buat tidak faham. Contohnya adalah seperti di bawah ini; Seorang manusia yang di dalam profesyen pe

ADA AHLI PARLIMEN SARAWAK YANG MUALAF.

Imej
(Anda kenal siapa dia ini?) Perasan tidak perasan, sementara mereka-mereka yang di dalam kerjaya politik sedang sibuk dengan ahli parlimen Sabah dan Sarawak, hamba baru terperasan bahawa di dalam Parlimen Sarawak, ada seorang bekas Menteri Kabinet yang mempunyai rahsia cerita yang penuh indah lagi menarik. Beliau sudah bergelar Datuk Seri dan mempunyai gelaran Doktor. Dahulunya Menteri Pelancongan dan sekarang adalah YB Parlimen di negeri Sarawak. Dahulunya beragama Kristian Khatolik dan sekarang sudah kembali kepada agama Islam. Datuk Seri Dr. Mohammad Leo Toyad Abdullah, kenalkah anda semua ahli politik ini. Hamba pasti, ramai yang mengenalinya. Walaupun YB Leo menganggap ianya sebagai peribadi, namun untuk dakwah Islam, maka berita berkenaan Yb Mohammad Leo memasuki Islam adalah satu perkara yang perlu digembar-gemburkan. Rakyat Malaysia perlu tahu, pemimpin besar Sarawak dari keturunan Melanau ini telah memeluk agama Islam sebagai pegangan hidupnya. Pihak Jabatan agama perlu menol

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

Imej
(Harap Ramadhan ini akan menghapuskan dosa-dosa kita, dan apabila Syawal menjelma, amalan kita adalah bersih seperti bayi yang baru dilahirkan.) Ramai sungguh manusia berada di Hospital Selayang Isnin lalu. Berbagai-bagai ragam manusia dapat dilihat di wad kecemasan. Kelmarin, yaitu Isnin lepas, hamba dan isteri telah membawa anak hamba yang bernombor dua ke hospital selayang. Alhamdulillah, setelah darah anak hamba diperiksa oleh pihak hospital, didapati tiada apa-apa penyakit yang memudaratkan di dalam tubuh anak hamba. Hamba bersyukur yang amat sangat kepada Allah SWT. Apabila kembali dari hospital, alhamdulillah, demam anak hamba hilang. Hamba sebenarnya bukan hanya kesihan kepada anak hamba yang demam itu, tetapi hamba juga kesihan melihat isteri hamba yang tidak tidur malam 4 malam berturut-turut kerana menjaga anak yang demam kerana hanya mahu tidur di atas riba umminya. Kesihan melihat isteri hamba. Betullah apa yang dikatakan, 'syurga anak adalah dibawah tapak kaki ibu'

ANAK HAMBA DEMAM PANAS. 4 HARI DAH.

Imej
Anak hamba yang nombor dua demam panas. Kesian dia. Baru 9 bulan, sudah dapat demam panas ke tahap 40.2 C. Hamba sedang risau akan kesihatan anak hamba ini. Diharap, sesiapa yang ter'blog' ke blog hamba ini, tolonglah doakan kesihatan terhadap anak hamba nombor dua ini, Nurul Iman. Setakat ini, hamba tidak ada masa sangat hendak ber'blog', walaupun dalam kepala hamba, banyak isu hendak dikongsikan bersama. Doa-doakan kesejahteraan anak hamba.

HARAM TETAP HARAM WAHAI MANUSIA.

Akal adalah satu anugerah Allah kepada setiap manusia. Tanpa akal, maka manusia akan menjadi seperti haiwan. Manusia dapat membina tamadun kerana wujudnya akal di dalam kepala manusia. Namun, jika manusia hanya semata-mata hidup berlandaskan kepada akal, maka taraf manusia itu akan menjadi lebih teruk daripada haiwan. Allah telah menjadikan kebanyakan manusia, apabila peristiwa kehidupan yang dilaluinya itu adalah berulang-ulang, maka manusia itu akan menjadikan peristiwa hidup yang berulang-ulang itu menjadi kebiasaan baginya. Misal contoh, Ahmad sentiasa menghantar dan membawa pulang anaknya dari sekolah melalui jalan pintas setiap hari dari Isnin ke Jumaat selama anaknya dari darjah satu sehingga anaknya sekarang darjah tiga, maka akal Ahmad akan menjadi terbiasa dengan jalan pintas itu. Sehinggakan jika Ahmad menutup matanya pun, beliau mampu untuk membawa anaknya ke sekolah dan juga sehinggakan, akibat kebiasaannya Ahmad melalui jalan itu, maka akalnya akan sedaya upaya memberitah